Posts

Showing posts from February, 2020

Dua Pesakit Terima Bantuan Pelayaran Ihsan Maritim Malaysia Kelantan

Image
PASIR PUTEH, 19 Februari – Seorang pesakit strok dan seorang pesakit yang mengalami patah tulang diberi bantuan pelayaran ihsan oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan untuk mendapatkan rawatan segera di Hospital Besut, Terengganu, semalam. Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Klinik Kesihatan Pulau Perhentian pada pukul 10.50 pagi dan meminta bantuan untuk memindahkan dua orang pesakit. Menurutnya, bot Maritim Penyelamat 7 tiba di Pulau Perhentian pada pukul 12.05 tengah hari. Namun  kedua pesakit perlu distabilkan terlebih dahulu sebelum dibawa ke Jeti Maritim Negeri Kelantan di Tok Bali. Difahamkan, salah seorang pesakit, Muhammad Aiman Alias, 22, mengalami patah tulang di beberapa tempat akibat dihempap pokok kelapa semasa kerja-kerja menumbangkan pokok kelapa dilakukan oleh beliau. Manakala seorang lagi pesakit, Chaan

Awas angin kencang laut bergelora

Image
PASIR PUTEH, 12 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan amat menitikberatkan soal keselamatan bagi komuniti maritim, penggemar aktiviti laut dan masyarakat pesisir pantai. Sehubungan itu, komuniti maritim, penggemar aktiviti laut dan masyarakat pesisir pantai dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang aktiviti pesisir pantai dan laut sehingga angin kencang dan laut bergelora yang diramalkan berlaku sehingga berakhir hari ini. Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob berkata, amaran angin kencang dan laut bergelora ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sejak 8 Februari lepas yang mana kekuatan angin dianggarkan mencecah 50 hingga 60 kilometer sejam (km/j) manakala ketinggian ombak pula dianggarkan mencecah 3.5 hingga 4.5 meter. Tempoh angin kencang dan laut bergelora juga mungkin berlarutan kerana sepertimana yang kita sedia maklum, lazimnya Monsun Timu