198 MANGSA BANJIR DI LAPAN PUSAT PEMINDAHAN - UPDATE
SEHINGGA jam 3 petang, info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan seramai 198 mangsa banjir ditempatkan di lapan Pusat Pemindahan Banjir. Sebanyak 57 keluarga terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah di tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang dipindahkan sejak semalam. Antara pusat pemindahan banjir yang beroperasi setakat ini ialah Masjid Mukim Kuak Kepok, Tanah Merah dengan bilangan 47 mangsa banjir dari 11 keluarga. Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang kini menampung seramai 33 mangsa banjir dari sembilan keluarga. Sekolah Kebangsaan (sk) Bukit Panau - dua mangsa dari satu keluarga; SK Kelewek - sembilan kekuarga bersama 39 mangsa banjir. SK Pak Roman seramai 37 mangsa banjir daripada 15 keluarga dan Pejabat Veterinar Kuala Krai seramai enam mangsa daripada dua keluarga. Sementara itu , di Pasir Puteh - Pihak Berkuasa Tempatan - Majlis Daerah Pasir Puteh mengambil tindakan menutup pusat peranginan Air Terjun Jeram Pasu buat sementar...