Posts

Showing posts with the label Maritim Malaysia

PERINGATAN BANJIR DAN ANGIN KENCANG

Image
AGENSI  Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihatkan semua komuniti maritim seperti golongan nelayan, masyarakat pesisir pantai, komuniti perkapalan, industri cari gali minyak mahupun penggemar aktiviti rekreasi laut atau mana-mana individu atau kumpulan yang ingin melakukan sebarang aktiviti di pesisir pantai atau laut agar meningkatkan tahap waspada terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut. Komuniti maritim adalah diingatkan supaya sentiasa: MENGAMBIL berat terhadap ramalan kaji cuaca dengan mudah melalui aplikasi ”MCG Info” yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia atau  ”myCuaca” yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Elakkan melakukan aktiviti laut sekiranya cuaca buruk, laut bergelora dan angin kencang. MEMBAWA dan memakai jaket keselamatan yang sesuai. MEMBAWA Personal Locator Beacon (PLB) untuk memudahkan dan mempercepatkan SAR sekiranya berlaku kecemasan. MEMASTIKAN alat komunikasi seperti telefon bimbit dan radio sentias...

PELAYARAN IHSAN MARITIM MALAYSIA

Image
SEORANG   warga emas dan seorang bayi telah diberi bantuan pelayaran ihsan Maritim Malaysia Negeri Kelantan bagi mendapatkan rawatan segera  di Klinik Kesihatan Besut, Terengganu, semalam. Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Besut pada pukul 3.30 petang semalam yang meminta bantuan memindahkan kedua pesakit tersebut.   Che Omar  Che Mat, 70 tahun, mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan penyakit asma dan memerlukan bantuan alat pernafasan oksigen. Manakala Nor Ayra Aidelia  Mohd Khairul Azwan yang berumur setahun lima bulan mengalami demam panas.  Menurutnya, pihak Klinik Kesihatan Pulau Perhentian berjaya menstabilkan kedua pesakit namun perlu dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut segera. ”Memandangkan pesakit perlu menerima rawatan segera dan teksi air agak sukar untuk beroperasi kerana ke...

TIGA BOT DAN 45 NELAYAN ASING DITAHAN

Image
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menerusi Op Naga Barat dan Op Damai berjaya menahan tiga bot nelayan asing di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia pada 13 dan 14 November lepas. Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asnawie Yaacob berkata, Kapal Maritim (KM) Jujur yang diketuai Pemangku Pegawai Memerintah Leftenan Maritim Mohd. Rahim Razali berjaya menahan bot pertama dan kedua pada pukul 4.34 petang dan 11.22 malam. Manakala bot ketiga berjaya ditahan pada pukul 12.28 tengah malam hari berikutnya. Menurutnya, bot pertama ditahan di lokasi 265 kilometer, bot kedua di lokasi 269 kilometer dan bot ketiga di lokasi 261 dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. "Pemeriksaan mendapati bot pertama yang ditahan itu mempunyai 14 orang awak-awak termasuk tekong berumur di antara 16 hingga48 tahun. " Bot kedua bersama 16 awak-awak termasuk tekong berusia di antara 15 hingga 53 tahun. Manakala bot ketiga bersam...

Maritim Malaysia bersama komuniti nelayan

Image
PROGRAM Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan bersama penduduk di sekitar pulau pesisir Sungai Kelantan, merapatkan ukhuwah masyarakat dengan anggota agensi berkenaan. Bersama rakan-rakan media, rombongan berkenaan berkumpul di  Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan pada pukul 11.30 pagi, sebelum menaiki bot ke lokasi berkenaan. Anggota Maritim Malaysia yang diketuai Pengarahnya, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob menunaikan solat  Jumaat bersama penduduk kampung. "Majlis sambutan Maulidur Rasul disambut bersama yang sekaligus menjadi medan ramah mesra bersama penduduk kampung.  “Bukan sahaja bantuan  disampaikan kepada  penduduk kampung sebagai persiapan banjir malah bantuan jaket keselematan sekurang-kurangnya satu kepada keluarga terlibat turut disempurnakan. "Satu jaket keselamatan untuk satu keluarga amat penting kerana pengangkutan utama mereka untuk ke tanah bes...

Maritim Malaysia-PDRM sepakat banteras jenayah penyeludupan

Image
RENTETAN beberapa siri tangkapan dan senario jenayah penyeludupan di negeri Kelantan, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie  Yaacob melakukan  kunjungan hormat bertemu Ketua Polis Negeri Kelantan, DCP Dato’ Hasanuddin Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) di Kota Bharu, semalam. Pertemuan yang diadakan itu bertujuan membincangkan perkembangan semasa berhubung ketenteraman awam di samping memperkenalkan diri beliau sebagai Pengarah Maritim Negeri Kelantan yang baharu. Muhammad berkata, antara perkara yang difokuskan dalam pertemuan itu ialah aktiviti penyeludupan yang menggunakan jalan laut. "Kita akan membanteras kegiatan ini dari lokasi laut sehingga ke daratan dan sentiasa mendokong penuh arahan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil  Mat Som dalam usaha mengekang  sindiket penyeludupan untuk dibanteras sehingga ke akar umbi. " "Untuk ...

Maritim Malaysia selamatkan bayi sukar bernafas

Image
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia setahun empat bulan yang mengalami jangkitan pada paru-paru dari Pulau Perhentian ke Pangkalan Udara Gong Kedak sebelum dihantar ke Hospital Besut, Terengganu pada pukul 4.10 pagi tadi. Helikopter jenis Agusta Westland AW139 itu membawa adik Nur Amani Aafeeya bersama keluarganya serta pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian, Hasrull Yadidi Ab Hamid. Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya  menerima panggilan dari Klinik Kesihatan Pulau Perhentian pada pukul 10.30 malam berkaitan keperluan bantuan untuk bayi terbabit yang  sukar bernafas. Berikutan itu, pesawat diterbangkan daripada Stesen Udara Maritim Subang dan tiba di Pulau Perhentian pada pukul 2.50 pagi bagi membolehkan bayi mendapatkan rawatan segera di hospital. ...