MAKANAN PERCUMA ASNAF SEKITAR MASJID HARAM, MEKAH, ARAB SAUDI
Rezeki Melimpah ruah Di Kota Mekah. Jiwa terdidik dengan kebajikan. Yang berada membantu yang kesusahan. Amalan memberi makan kepada pengunjung terutama yang tidak berkemampuan menjadi rutin harian di sekitar dataran Masjidil Haram. Malah , di dalam masjid pun amalan menjamu minuman, roti dan kurma dihidangkan kepada jemaah oleh golongan yang kaya. Alhamdulillah... satu gambaran yang membuktikan betapa rezeki sentiasa dikongsikan. Amalan ini bukan hanya dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan tetapi sentiasa berpanjangan pada hari-hari biasa terutama antara waktu Magrib dan Isyak. Inilah nikmat Islam dalam konteks persaudaraan dan ukhwah. Terdapat kedai-kedai makanan termasuk kedai makanan segera yang menerima tempahan pihak tertentu untuk menjamu golongan asnaf mengalas perut setiap kali selepas solat waktu. Pun begitu , ada juga fakir yang meminta-minta Riyal dari pengunjung termasuk remaja Arab dan...