MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ KG REPEK TERIMA SUMBANGAN
Anak-anak tahfiz terima sumbangan SYUKUR... Musibah kebakaran di Pusat Tahfiz Kampung Repek, Lubung Jong, Pasir Mas, Kelantan, mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menyalurkan sumbangan segera. VOLENTEER I Care (VIC) bersama rakan stratigiknya Econsave Pasir Puteh dan Prolife Ambulance turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh orang pelajar tahfiz yang tinggal sehelai sepinggang kesan kebakaran yang berlaku baru- baru ini. Sumbangan berbentuk Hygiene Kit telah disampaikan hasil sumbangan orang ramai. Manakala barangan dapur disumbangkan Econsave Pasir Puteh. "Sesungguhnya kami tidak mampu untuk bergerak tanpa sokongan anda semua. Terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah di lakukan," kata Pengerusi VIC, Muhammad Afiq Aiman Sukri. Hadir sama ke pusat tahfiz itu ialah pe...