Maritim Malaysia-PDRM sepakat banteras jenayah penyeludupan
RENTETAN beberapa siri tangkapan dan senario jenayah penyeludupan di negeri Kelantan, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob melakukan kunjungan hormat bertemu Ketua Polis Negeri Kelantan, DCP Dato’ Hasanuddin Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) di Kota Bharu, semalam. Pertemuan yang diadakan itu bertujuan membincangkan perkembangan semasa berhubung ketenteraman awam di samping memperkenalkan diri beliau sebagai Pengarah Maritim Negeri Kelantan yang baharu. Muhammad berkata, antara perkara yang difokuskan dalam pertemuan itu ialah aktiviti penyeludupan yang menggunakan jalan laut. "Kita akan membanteras kegiatan ini dari lokasi laut sehingga ke daratan dan sentiasa mendokong penuh arahan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som dalam usaha mengekang sindiket penyeludupan untuk dibanteras sehingga ke akar umbi. " "Untuk ...