Posts

Showing posts with the label kemalangan

Mangsa Lemas Sungai Golok ditemukan

Image
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan dihentikan apabila remaja yang dikatakan hilang selepas terjun di sungai berkenaan ditemukan.  Mangsa Ahmad Nazri  Abd Aziz, 22, tahun  berjaya ditemui Pasukan PPDA  #JBPM Kelantan pada jam 16:10 p.m hari ini.  Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - amboroyak.blogspot.com

LORI BATU TERBALIK - PEMANDU CEDERA

Image
MALANG Tak berbau! Musim hujan, jalan licin kemalangan dan padah sentiasa mengundang tanpa diduga.  Di tapak Kuari dekat Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan semalam sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun terbalik bersama muatan batu sehingga memerlukan bantuan anggota #Bomba dan penyelamat.  Menurut polis, lelaki terbabit terperangkap dalam lorinya kerana tersepit selepas terjatuh ke bawah dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.40 pagi.  Operasi menyelamat diketuai PPgB Azhar Elmi Mustofar bersama 10 anggota Bomba dan #Penyelamat Pasir Puteh berjaya mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk rawatan lanjut.  Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.49 pagi dan menamatkan operasi pada pukul 1.24 petang.  Pemandu lori berkenaan yang beralamat di Jalan Bukit Marak-Binjai, Kota Bharu mengalami patah tulang bahu kiri.  Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintend...

Maut selepas tertimbus dalam perigi

Image
SEORANG lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika menggali perigi di Kampung Bukit Peraksi, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi (30 Okt) Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.46 pagi  dan bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota. Menurutnya, mangsa terbabit dikenali sebagai Terrance Dunstan Anak Peter, 36,  berasal dari Kampung Skibang, Bau, Sarawak telah dikeluarkan orang awam sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku untuk rawatan lanjut. "Ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan sekerjanya sedang melakukan kerja menggali perigi untuk mendapatkan sumber air bagi kegunaan penghuni rumah yang baru dibina di kampung berkenaan. "Bagaimanapun, ketika menurunkan bingkai simen (kerek) perigi pertama sedalam tiga meter, tanah dari tebing  tiba-tiba runtuh dan menimpa mangsa yang berada di dalam lubang tersebut...