Posts

Showing posts with the label Nanas

Nanas dekorasi laman rumah

Image
DEKORASI laman rumah dapat diselenggarakan dengan mudah tanpa pengurusan yang rapi sekiranya nanas menjadi pilihan sebagai bahan hiasan taman. Bukan sukar untuk menanamnya, cuma anda yang tidak mencuba untuk memanfaatkan tumbuhan tropikal yang lasak dengan cuaca panas.  Ananas comosus yang tampil dengan pelbagai variety bukan sahaja cantik dipandang mata kerana keunikan susunan daun serta kehijauan malah dalam tempoh tertentu anda akan mendapat hasilnya. Jangan fikir kekangan ruang yang sempit untuk menanam nanas. Ia sekadar bahan hiasan dan bukannya kita nekad untuk mengusahakan kebun. Jangan pilih nanas yang memiliki daun yang berduri kerana mungkin berbahaya kepada warga isi rumah. Pilihlah dari jenis yang tidak berduri, tekstur susunan daun yang indah dan menghasilkan buah yang tinggi brik kemanisannya. Saya cadangkan variety Milie Dilard 2 (MD2) atau nanas madu Cristal dan bagi yang berminat untuk daun yang berwarna nanas Josapine boleh dijadikan pilihan....

Nanas Tok Mat Kampung Chengal

Image
BERMULA dengan hobi menanam nanas dalam polibag di halaman rumah akhirnya mendorong seorang petani di Kampung Chengal, Kota Bharu, Kelantan berjaya mengusahakan kebun secara komersil. Muhamad Abdullah, 60, yang masih gagah kudratnya mula mengusahakan tanaman nanas di kawasan tanah terbiar seluas 0.7 hektar dengan  25,500 pokok nanas sebagai peringkat permulaan dan percubaan pada tahun 2018. Tanah terbiar di Kampung Talang, Kadok, kira-kira 10 kilometer dari rumahnya itu disewa dan ditebus guna dengan tanaman nanas variti MD2, kini memberi hasil yang lumayan. Kejayaan itu membakar semangatnya untuk membesarkan lagi kawasan penanaman dengan menyewa tanah terbiar di kawasan yang berhampiran. "Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) membantu membekalkan benih nanas, selain khidmat kepakaran dalam mengurus kebun. Malah, saya dipanggil mengikuti kursus yang berkaitan. "Nanas MD2 merupakan satu varieti nanas yang semakin popular ditanam untuk pasaran domestik. Perminta...