VIC bersama rakan strategik bantu warga emas
PROGRAM gotong-royong membersihkan rumah seorang warga emas berusia 63 tahun yang tinggal berseorangan di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan, selesai dilaksanakan kelmarin dengan semangat sukarelawan dalam meringankan bebanan pihak yang memerlukan bantuan. Sekitar dalam rumah dan persekitaran rumah lelaki tua yang turut menghidapi masalah kesihatan itu, kini kemas hasil pemuafakatan beberapa pihak menjalankan aktiviti amal yang diterajui Kelab Volenteer I Care (VIC). Warga emas bersama barangan makan yang disumbangkan oleh Econsave Pasir Puteh, Kelantan Antara yang tampil bergabung tenaga membersih lantai rumah, mengemas dan membasuh pinggan mangkuk di ruang dapur rumah itu ialah anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Bomba Sukarela Pasir Puteh, Econsave Pasir Puteh dan Prolife Medic Ambulance Kota Bharu. " Program yang melibatkan 30 orang berjaya mencuci segenap ruang yang ada bagi memberi keselesaan teruta...