Siapa punya angkara-Kebumikan Batang Pisang Di Kubur
GEMPAR! Kononnya ada kubur baru ditimbus di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kamis, Pasir Puteh, Kelantan tanpa sebarang berita kematian penduduk. Apapun, yang ditemui dalam kain kapan hanyalah keratan batang pisang. Bukan jasad manusia. Berikutan laporan penduduk, sepasukan anggota Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan tampil merungkai persoalan siapa sebenarnya yang mati dan dikebumikan tanpa pengetahuan umum. Operasi menggali kubur berkenaan dijalankan dan hasilnya adalah penemuan keratan batang pisang yang dikapan seperti jenazah. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Azmir Damiri yang mengesahkan kejadian itu berkata, sepasukan anggota polis ke lokasi selepas menerima laporan penduduk sebelum pasukan Forensik dipanggil untuk tujuan pemeriksaan. "Di lokasi tanah perkuburan itu ditemukan sebuah kubur baharu berukuran 7 kaki yang baru ditimbus sedalam satu kaki. "Setelah digali, pihak polis menemui empat keratan ...