Posts

Showing posts with the label banjir

PENINGKATAN MENDADAK - 3,218 mangsa banjir di PPS

Image
BACHOK dan Pasir Puteh sudah menghadapi musibah banjir menyumbang peningkatan jumlah mangsa banjir  di Kelantan sehingga jam 6 petang kepada 3,218 orang. Mereka adalah daripada 945 keluarga yang telah didaftarkan sebagai mangsa banjir yang ditempatkan di 43 PPS seluruh Kelantan. Di Bachok PPS SMK Pak Badol melibatkan 10 keluarga dengan jumlah 35 orang mangsa selamat dipindahkan. Di PPS SMK Jelawat, 29 keluarga dengan jumlah 139 mangsa banjir dari Taman Harmoni Seneng juga selamat dipindahkan. Di Pasir Puteh, kerja-kerja menyelamat di kawasan Kampung Gong Cokah turut diselamatkan. sekitar PPS di Bachok - Kredit Bomba Penyelamat Bachok. ---—--------------—-—---------------------------- Tugasan Menyelamat mangsa banjir Kampung Gong Cokoh . Kredit Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh.  #Doakan moga Allah redakan hujan dan selamatkan kita semua. Aamiin  @toreks...

TERKINI... 648 mangsa banjir dipindahkan

Image
(update)  PADA jam 11 pagi ini, paparan info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan berlakunya pertambahan mangsa banjir dari tiga Jajahan di Kelantan.  Seramai  648 mangsa banjir telah dipindahkan ke 13 pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak semalam. (Semalam - 198 mangsa banjir ditempatkan di lapan  Pusat Pemindahan Banjir).  Sebanyak 187 keluarga dari empat daerah terlibat. Hujan dari kawasan hulu masih dalam skala yang lebat tanpa henti. Info terkini: Terbaharu, penduduk di Kampung Darang Buaya dan Kampung Batu Hitam bersiapsiaga menerima arahan berpindah berikutan keadaan air dikatakan semakin naik.  Begitu juga keadaan semasa yang berlaku di sekitar Kampung Tok Sudin dan Kampung Baru yang terletak di pinggir sungai Semerak.  Anggota pasukan penyelamat sentiasa membuat pemantauan berterusan di kawasan yang berisiko untuk tindakan lanjut bagi menjamin keselamatan penduduk....

198 MANGSA BANJIR DI LAPAN PUSAT PEMINDAHAN - UPDATE

Image
SEHINGGA jam 3 petang, info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan seramai 198 mangsa banjir ditempatkan di lapan  Pusat Pemindahan Banjir. Sebanyak 57 keluarga terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah di tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang dipindahkan sejak semalam. Antara pusat pemindahan banjir yang beroperasi setakat ini ialah Masjid Mukim Kuak Kepok, Tanah Merah dengan bilangan 47 mangsa banjir dari 11 keluarga. Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang kini menampung seramai 33 mangsa banjir dari sembilan keluarga. Sekolah Kebangsaan (sk) Bukit Panau - dua mangsa dari satu keluarga; SK Kelewek - sembilan kekuarga bersama 39 mangsa banjir. SK Pak Roman seramai 37 mangsa banjir daripada 15 keluarga dan Pejabat Veterinar Kuala Krai seramai enam mangsa daripada dua keluarga. Sementara itu , di Pasir Puteh - Pihak Berkuasa Tempatan - Majlis Daerah Pasir Puteh mengambil tindakan menutup pusat peranginan Air Terjun Jeram Pasu buat sementar...

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU

Image
ORANG ramai khususnya pengunjung pusat peranginan di Pasir Puteh, Kelantan, dinasihatkan lebih berwaspada dengan tidak memilih lokasi air terjun sebagai tempat berkelah  sepanjang musim banjir ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya telah menjalankan pemantauan dan memberi nasihat kepada pengunjung di kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Menurutnya, fenomena kawasan air terjun yang licin dan 'kepala air' dalam momentum yang laju boleh membahayakan pengunjung. "Adalah lebih selamat kawasan air terjun atau sekitar kawasan bukit  tidak dikunjungi dalam keadaan cuaca sekarang. " Kita gagal menduga tragedi yang mungkin berlaku. Begitu juga sebarang aktiviti pesisir pantai juga perlu dielakkan. Fenomena angin kencang dan ombak besar gagal kita duga akibatnya,"katanya. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang ren...

14 MANGSA BANJIR KG PISANG BERPINDAH

Image
BANJIR mula melanda negeri Kelantan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan14 orang mangsa daripada 4 keluarga adalah mangsa banjir pertama yang dipindahkan ke kawasan yang selamat.  Mereka terdiri daripada lima  perempuan dewasa, seorang lelaki warga emas dan lapan kanak-kanak telah berpindah sendiri ke pusat pemindahan sementara di SK RTC Cenulang. Mereka adalah penduduk Kampung Pisang, Chenulang, Kuala Krai,Kelantan.  JBPM daerah berkenaan meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.  Penduduk di kawasan rendah yang mudah digenangi air perlu akur terhadap arahan pasukan keselematan bagi mempastikan mereka berada dalam keadaan selamat.  Pastikan segala dokumen penting disimpan di tempat yang selamat dan berpindah SEGERA sekiranya arahan diberikan oleh pasukan keselamatan.  * LAPORAN MENYELAMAT MANGSA B...

PERINGATAN BANJIR DAN ANGIN KENCANG

Image
AGENSI  Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihatkan semua komuniti maritim seperti golongan nelayan, masyarakat pesisir pantai, komuniti perkapalan, industri cari gali minyak mahupun penggemar aktiviti rekreasi laut atau mana-mana individu atau kumpulan yang ingin melakukan sebarang aktiviti di pesisir pantai atau laut agar meningkatkan tahap waspada terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut. Komuniti maritim adalah diingatkan supaya sentiasa: MENGAMBIL berat terhadap ramalan kaji cuaca dengan mudah melalui aplikasi ”MCG Info” yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia atau  ”myCuaca” yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Elakkan melakukan aktiviti laut sekiranya cuaca buruk, laut bergelora dan angin kencang. MEMBAWA dan memakai jaket keselamatan yang sesuai. MEMBAWA Personal Locator Beacon (PLB) untuk memudahkan dan mempercepatkan SAR sekiranya berlaku kecemasan. MEMASTIKAN alat komunikasi seperti telefon bimbit dan radio sentias...

ELAK AKTIVITI AIR DI MUSIM BANJIR

Image
NILAI keselamatan diri dan hargai nyawa sendiri perlu diberi keutamaan di sepanjang musim banjir.  Musim Monson Timur Laut sudah bermula. Keadaan laut mula bergelora dengan taburan hujan yang mula menunjukkan banjir akan tiba.  Sehubungan itu, anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh mula menjejaki lokasi tertentu sebagai langkah awal menghadapi kehadiran banjir sebagaimana tahun - tahun sebelumnya.  Ini termasuk kawasan peranginan Jeram Pasu yang masih menjadi kunjungan ramai walaupun pada musim hujan.  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar turun padang bersama anggotanya untuk menyampaikan nasihat kepada pengunjung pusat peranginan tentang bahaya aktiviti air di sepanjang musim banjir.  Menurutnya, bahaya banjir tidak hanya melibatkan persekitaran kawasan rendah yang mudah digenangi air tetapi turut melibatkan ombak besar di kawasan laut dan juga kepala air di kawasan bukit dan air terjun.  ...