Posts

Showing posts from January, 2020

Calon Pengganti Dr Maszlee mesti dari Bersatu?

Image
KOTA BHARU 5  Jan - Pakatan Harapan (PH) Kelantan yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memilih tokoh dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Menteri Pendidikan berikutan perletakan jawatan oleh Dr. Maszlee Malek.  Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, pucuk pimpinan (Dr. Mahathir) mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk memilih calon baru sebagai peneraju kepimpinan di Kementerian Pendidikan.  " Usah terpengaruh dan mempercayai berita tidak sahih yang tular di media sosial. Kita tunggu keputusan rasmi Perdana Menteri," katanya ketika berucap di Majlis Untaian Kasih Majlis Penolong Kanan Pasir Puteh, di Hotel Perdana, semalam.    Kamarudin berkata, Bersatu Kelantan turut mengemukakan cadangan agar beberapa jawatan penting di Kementerian Pendidikan ditambah.  " Kementerian yang besar ini memerlukan tenaga sumber yang ramai bagi memantapkan pengurusan yang melibatkan skop yang luas mencakupi

VIC bersama rakan strategik bantu warga emas

Image
  PROGRAM gotong-royong membersihkan rumah seorang warga emas berusia 63 tahun yang tinggal berseorangan di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan, selesai dilaksanakan kelmarin dengan semangat sukarelawan dalam meringankan bebanan pihak yang memerlukan bantuan.  Sekitar dalam rumah dan persekitaran rumah lelaki tua yang turut menghidapi masalah kesihatan itu, kini kemas hasil pemuafakatan beberapa pihak menjalankan aktiviti amal yang diterajui Kelab Volenteer I Care (VIC).  Warga emas bersama barangan makan yang disumbangkan oleh Econsave Pasir Puteh, Kelantan  Antara yang tampil bergabung tenaga membersih lantai rumah, mengemas dan membasuh pinggan mangkuk di ruang dapur rumah itu ialah anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Bomba Sukarela Pasir Puteh, Econsave Pasir Puteh dan Prolife Medic Ambulance Kota Bharu.   " Program yang melibatkan 30 orang berjaya mencuci segenap ruang yang ada bagi memberi keselesaan terutamanya kepada bapa ini ya