Calon Pengganti Dr Maszlee mesti dari Bersatu?


KOTA BHARU 5 Jan - Pakatan Harapan (PH) Kelantan yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memilih tokoh dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Menteri Pendidikan berikutan perletakan jawatan oleh Dr. Maszlee Malek. 

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, pucuk pimpinan (Dr. Mahathir) mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk memilih calon baru sebagai peneraju kepimpinan di Kementerian Pendidikan. 

"Usah terpengaruh dan mempercayai berita tidak sahih yang tular di media sosial. Kita tunggu keputusan rasmi Perdana Menteri," katanya ketika berucap di Majlis Untaian Kasih Majlis Penolong Kanan Pasir Puteh, di Hotel Perdana, semalam. 

 Kamarudin berkata, Bersatu Kelantan turut mengemukakan cadangan agar beberapa jawatan penting di Kementerian Pendidikan ditambah. 

" Kementerian yang besar ini memerlukan tenaga sumber yang ramai bagi memantapkan pengurusan yang melibatkan skop yang luas mencakupi pelbagai aspek termasuk sektor Pengajian Tinggi," katanya. 

Menurutnya, perletakan jawatan Dr. Maszlee Malik pastinya ada penggantinl yang akan meneruskan kesinambungan dalam pengurusan pendidikan negara. 

" Kita serah kepada Perdana Menteri untuk memilih tokoh pengganti dan tidak terpengaruh dengan sebaran dan andaian yang tidak tepat di media sosial," katanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU