MAKANAN PERCUMA ASNAF SEKITAR MASJID HARAM, MEKAH, ARAB SAUDI
Rezeki Melimpah ruah Di Kota Mekah. Jiwa terdidik dengan kebajikan. Yang berada membantu yang kesusahan.
Amalan memberi makan kepada pengunjung terutama yang tidak berkemampuan menjadi rutin harian di sekitar dataran Masjidil Haram.
Malah, di dalam masjid pun amalan menjamu minuman, roti dan kurma dihidangkan kepada jemaah oleh golongan yang kaya. Alhamdulillah... satu gambaran yang membuktikan betapa rezeki sentiasa dikongsikan.
Amalan ini bukan hanya dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan tetapi sentiasa berpanjangan pada hari-hari biasa terutama antara waktu Magrib dan Isyak.
Inilah nikmat Islam dalam konteks persaudaraan dan ukhwah.
Terdapat kedai-kedai makanan termasuk kedai makanan segera yang menerima tempahan pihak tertentu untuk menjamu golongan asnaf mengalas perut setiap kali selepas solat waktu.
Pun begitu, ada juga fakir yang meminta-minta Riyal dari pengunjung termasuk remaja Arab dan golongan pendatang yang mensasarkan hotel-hotel di sekitar kota suci ini.
Anda pasti ketemu dengan ramai wanita berjubah hitam dan berpurdah membawa botol susu untuk menyatakan keperluan anak-anak mereka.
Namun, sekiranya anda menghulur secara terbuka, pasti yang lain yang berkejaran mendapatkan anda dengan fenomena yang sama yang masing-masing membawa botol susu kosong.
Bahkan, kelibat ramai anak dara berjubah hitam datang meminta Riyal dengan menyatakan 'miskin, miskin'. Apa lagi kalau anda memakai tag dari negara Malaysia.
Namun, yang membanggakan ialah sikap tukang sapu masjid yang ramah membantu jemaah, tidak pernah meminta dan bersyukur apabila riyal dihulurkan kepada mereka.
Sesungguhnya amalan meminta-minta sepatutnya tidak menjadi amalan atau suatu pekerjaan kerana ia adalah perilaku yang mengaibkan di sisi Islam.
Mencari kayu api untuk mendapatkan rezeki adalah lebih mulia daripada meminta-minta. Bagaimanapun, kalian hulurkanlah sedekah sekiranya ada yang tampil membutuhkan keperluan.
https://youtu.be/4SYJ1menW-o
https://youtu.be/4SYJ1menW-o
Jam 6.45 petang
Ukhwatul Islamiah,
Mekah, Arab Saudi.
@toreksulong.blogspot.com
Comments
Post a Comment