Maritim Malaysia-PDRM sepakat banteras jenayah penyeludupan



RENTETAN beberapa siri tangkapan dan senario jenayah penyeludupan di negeri Kelantan, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie  Yaacob melakukan  kunjungan hormat bertemu Ketua Polis Negeri Kelantan, DCP Dato’ Hasanuddin Hassan di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) di Kota Bharu, semalam.


Pertemuan yang diadakan itu bertujuan membincangkan perkembangan semasa berhubung ketenteraman awam di samping memperkenalkan diri beliau sebagai Pengarah Maritim Negeri Kelantan yang baharu.


Muhammad berkata, antara perkara yang difokuskan dalam pertemuan itu ialah aktiviti penyeludupan yang menggunakan jalan laut.


"Kita akan membanteras kegiatan ini dari lokasi laut sehingga ke daratan dan sentiasa mendokong penuh arahan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil  Mat Som dalam usaha mengekang  sindiket penyeludupan untuk dibanteras sehingga ke akar umbi. "

"Untuk itu, Maritim Malaysia Kelantan perlu mengeratkan hubungan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan. Dato’ Hasanuddin juga turut berkongsi beberapa perkara utama dan bersependapat dengan hasrat dengan satu hasrat iaitu membanteras kes-kes penyeludupan.


"Pertemuan dengan hasil perbincangan yang positif ini sudah pasti akan meletakkan pasukan penguat kuasa selangkah di hadapan dalam membanteras jenayah penyeludupan sekaligus meningkatkan ketenteraman awam, mengurangkan masalah sosial dan sekaligus memakmurkan negeri Kelantan, " katanya.

Selepas ini, katanya, Maritim Negeri Kelantan akan turut mengadakan pertemuan dengan agensi persekutuan dan negeri seperti Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen, Jabatan Perikanan dan Pihak berkuasa Tempatan (PBT). Kita juga akan bertemu dengan Panglima Markas 8 Briged bagi membincangkan hal berkaitan.

Sekitar rakaman pertemuan Maritim Malaysia - PDRM






Hadir sama dalam pertemuan ini, Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah, Pegawai Memerintah KM Amanah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Shakur Jamaludin dan Pegawai Operasi, Leftenan Maritim Saufi Aiman Amin Mohd Supian.

IPK Kelantan pula turut diwakili oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, ACP Sheik Azhar Sheik Omar, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), SUPT Glenn Anthony Sinappah dan Pegawai Turus Ketenteraman Awam, ASP Zulkofli  Said.

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU