Nanas dekorasi laman rumah






DEKORASI laman rumah dapat diselenggarakan dengan mudah tanpa pengurusan yang rapi sekiranya nanas menjadi pilihan sebagai bahan hiasan taman.

Bukan sukar untuk menanamnya, cuma anda yang tidak mencuba untuk memanfaatkan tumbuhan tropikal yang lasak dengan cuaca panas.

 Ananas comosus yang tampil dengan pelbagai variety bukan sahaja cantik dipandang mata kerana keunikan susunan daun serta kehijauan malah dalam tempoh tertentu anda akan mendapat hasilnya.



Jangan fikir kekangan ruang yang sempit untuk menanam nanas. Ia sekadar bahan hiasan dan bukannya kita nekad untuk mengusahakan kebun.

Jangan pilih nanas yang memiliki daun yang berduri kerana mungkin berbahaya kepada warga isi rumah. Pilihlah dari jenis yang tidak berduri, tekstur susunan daun yang indah dan menghasilkan buah yang tinggi brik kemanisannya.

Saya cadangkan variety Milie Dilard 2 (MD2) atau nanas madu Cristal dan bagi yang berminat untuk daun yang berwarna nanas Josapine boleh dijadikan pilihan.



Nanas yang dicadangkan ini tidak berduri berbanding nanas kampung atau pokok nanas madu dari negara jiran.

Penanamannya boleh dilakukan dengan menggunakan pasu atau polibag sahaja. Kaedah ini telah banyak diusahakan secara besar-besaran di Indonesia.

Gunakan media tanah yang sedia ada di sekitar rumah anda dan kalau inginkan kesuburan yang tinggi media tanah yang dijual di kedai boleh diguna pakai.

Jangan risau, pokok ini akan hidup subur walau ditanam dalam ruang persekitaran yang sempit.

Bagaimana untuk mendapatkan benihnya. Ini perihal yang paling mudah. Dapatkan jambak atau mahkota buah nanas yang dibeli. Malah, sudah banyak sulur benih nanas turut dipasarkan secara online. Bukan payah pun...

Bagi menggalakkan proses pertumbuhan dan tumbesarannya baja khusus untuk nanas  10:5:18:3 adalah disyorkan. Penggunaan baja spray juga amat digalakkan.



Pengurusan rumput pastinya terkawal dan pokok yang ditanam dalam pasu atau polibag tidak akan menerima lebihan air kerana struktur salirannya amat terjamin.

Pokok akan mula berbunga selepas 8 bulan ditanam. Pastikan bilangan bilah daun mencapai 30 helai ke atas dan cuba dapatkan hormon buah bagi memastikan ianya berbuah dengan seragam.

Sekiranya sukar mendapatkan bekalan hormon semburan atau pil, kabaid boleh digunakan dengan memasukkan bahan itu sebesar biji jagung ke kawasan pucuk nanas. Inshaallah, ia akan menggalak pertumbuhan bunga. SELAMAT MENCUBA...

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU