Nanas Tok Mat Kampung Chengal

BERMULA dengan hobi menanam nanas dalam polibag di halaman rumah akhirnya mendorong seorang petani di Kampung Chengal, Kota Bharu, Kelantan berjaya mengusahakan kebun secara komersil.

Muhamad Abdullah, 60, yang masih gagah kudratnya mula mengusahakan tanaman nanas di kawasan tanah terbiar seluas 0.7 hektar dengan  25,500 pokok nanas sebagai peringkat permulaan dan percubaan pada tahun 2018.

Tanah terbiar di Kampung Talang, Kadok, kira-kira 10 kilometer dari rumahnya itu disewa dan ditebus guna dengan tanaman nanas variti MD2, kini memberi hasil yang lumayan.

Kejayaan itu membakar semangatnya untuk membesarkan lagi kawasan penanaman dengan menyewa tanah terbiar di kawasan yang berhampiran.

"Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) membantu membekalkan benih nanas, selain khidmat kepakaran dalam mengurus kebun. Malah, saya dipanggil mengikuti kursus yang berkaitan.

"Nanas MD2 merupakan satu varieti nanas yang semakin popular ditanam untuk pasaran domestik. Permintaan penggemar nanas manis dan rangup ini adalah tinggi," katanya.

Muhamad berkata,  nenas MD2 memiliki tahap kemanisan yang tinggi dengan warna kuning keemasan yang menyerlah.

Menurutnya, keenakannya membuatkannya laris dipasarkan, walau pun harganya agak lebih mahal berbanding variti nanas yang lain.

'Lazimnya, nanas ini  banyak ditanam di Selangor, Johor, Perak, Kedah dan Pahang. Usaha menanamnya di Kelantan dilihat berpotensi bagi memenuhi permintaan domestik.

"Kebun nanas saya diusahakan oleh ahli keluarga dan beberapa pekerja yang mengurus proses penamaan semula. Anggota keluarga banyak membantu memasarkan hasil tuaian di seluruh Kelantan.

" Malah, ianya turut dipromosi dalam talian bagi jualan buah atau sulur benih yang turut mendapat permintaan yang menggalakkan," katanya.

Muhamad berkata, nanas dari kebunnya dijenamakan dengan Nanas Tok Mat dan aktiviti berkaitan boleh dilayari menerusi
https://www.facebook.com/NenasPremiumMD2Kadok/

Muhamad berkata, selain MD2 beliau turut menanam varieti nanas madu kaca dan juga Josapine dengan keluasan yang sama (0.7 hektar) dalam usaha mempelbagaikan hasil pengeluaran buah mengikut minat dan citarasa pengguna.

Menurutnya, walaupun menguntungkan, beberapa kekangan termasuk ancaman haiwan perosak dan penyakit buah terpaksa dihadapinya.

Info:

Varieti nanas MD2  telah didaftarkan dengan 'Plant Pariety Listing' di Jabatan Pertanian dengan nombor AC9. Nenas MD2 telah didaftarkan dengan nama 'Varieti MD2' pada tahun 2013.

 Terdapat lapan varieti nanas lain yang telah didaftarkan sehingga kini iaitu Nanas Morris (AC1), Nanas Sarawak (AC2), Nanas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nanas Josapine (AC5), Nanas Yankee (AC6), Nanas Moris Gajah (AC7) dan Nanas N36 (AC8).

 Program penanaman nanas MD2 terus dipergiatkan melalui pelbagai program dengan sasaran untuk menambah keluasan sehingga melebihi lebih dari 50 peratus daripada jumlah keluasan nanas dalam negara sebelum tahun 2020.







Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU