IAM dan Etiqa bantu asnaf Tumpat




PRIHATIN dengan nasib golongan miskin, Etiqa Takaful dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) tampil sebagai rakan kemanusiaan menjejaki golongan daif, di Jeti Nelayan Pantai Sri Tujoh Tumpat, Kelantan, baru-baru ini. 

Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, sebanyak 30 set pukat bersama tong ikan telah diagihkan kepada 30  nelayan miskin yang terpilih. 

Program anjuran bersama ini turut disertai oleh kakitangan Etiqa dan juga sukarelawan IAM  wilayah Pantai Timur. 

 Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kesusahan yang dihadapi oleh penduduk kampung khususnya komuniti nelayan tempatan dan golongan yang kurang berkemampuan.

 Menurutnya, kunjungan pihak Etiqa dan IAM ke negeri ini  turut memberi manfaat kepada komuniti setempat, di mana sebanyak 20 unit Outdoor Master Filter telah diagihkan kepada pusat-pusat tahfiz, masjid dan rumah kebajikan yang terpilih. 

"Inisiatif ini dijalankan untuk memberi manfaat kepada penduduk setempat agar mereka mendapat bekalan air yang bersih bagi kegunaan harian mereka," katanya. 

Sumbangan  disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Wilayah Pantai Timur,  Tengku Saiffudin Tengku Zainal Abidin,  bersama Zawahir Abdullah. 

Dalam pada itu, 
Tengku Saiffudin berkata, pelbagai program kebajikan berjaya dilaksanakan sepanjang tahun ini termasuk beberapa aktiviti tanggungjawab zakat korporat  Unit Syariah dan Korporat bagi menyalurkan bantuan kepada asnaf. 

“Sumbangan Etiqa Takaful kepada IAM adalah sebahagian daripada sumbangan zakat tahunan yang dihulurkan secara terus kepada institusi-institusi kebajikan yang layak dibawah Program Tanggungjawab Zakat Korporat Etiqa Takaful. 

"Pihak Etiqa mengkaji dan meneliti institusi-institusi yang berkaitan dan memastikan agar hanya pihak yang benar-benar layak akan menerima bantuan dan pada masa yang sama meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada Islamic Aid Malaysia (IAM) melalui program utama mereka iaitu Program Bantuan Pukat Kepada Nelayan dan Bantuan Bekalan Air Bersih.” katanya. - 😂😂😂 Ambo royak jah. 



#taqafuletika
#etika
#IAM
#islamicaidmalaysia
#bantuankemanusiaan
#asnaf
#tumpat 
#kelantan

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU