MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ KG REPEK TERIMA SUMBANGAN


Anak-anak tahfiz terima sumbangan

SYUKUR... Musibah kebakaran di Pusat Tahfiz Kampung Repek, Lubung Jong, Pasir Mas, Kelantan, mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menyalurkan sumbangan segera.

    VOLENTEER I Care (VIC) bersama rakan stratigiknya    Econsave Pasir Puteh dan Prolife Ambulance turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh orang pelajar tahfiz yang tinggal sehelai sepinggang kesan kebakaran yang berlaku baru- baru ini.

    Sumbangan berbentuk Hygiene Kit telah disampaikan hasil sumbangan orang ramai.


    Manakala  barangan dapur disumbangkan  Econsave Pasir Puteh.

    "Sesungguhnya kami tidak mampu untuk bergerak tanpa sokongan anda semua. Terima kasih atas sokongan yang diberikan selama ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang telah di lakukan," kata Pengerusi VIC, Muhammad Afiq Aiman Sukri.

    Hadir sama ke pusat tahfiz itu ialah pengurus Econsave Pasir Puteh, Toh Sharin dan krew pasaraya berkenaan serta wakil Prolife Ambulance.



Sumber:

#VolunteerICare #ForHumanit #BeStrong #CaknaMasyarakat
https://m.facebook.com/241976643000753/posts/642303609634719/


—————————————–—————

VIC bersama Econsave bantu asnaf



VOLENTEER I CARE (VIC) bersama Econsave Pasir Puteh prihatin menyantuni keluarga asnaf yang kesempitan hidup di sebuah rumah di Kampung Guntong, Pasir Puteh, Kelantan.

Kesempitan hidup yang dilalui memaksa mereka, 14 penghuni  terpaksa berhimpit dalam sebuah rumah pusaka.

Rumah pusaka yang hanya menanti rebah berusia lebih 30 tahun itu dihuni ibu tunggal, Siti Sarah Ghazali, 47, bersama dua anaknya berusia 17 dan 13 tahun.

Turut berada di bawah satu bumbung ialah pasangan suami isteri Kamaruzaman Abdul Rahman, 45, dan Siti Rudiah Ghazali, 36, serta empat anak berusia lapan bulan hingga antara enam tahun.

Malah, lebih menyayatkan hati, Maziah Ghazali, 39, yang menghidap kanser kolum tahap empat turut 'berhimpit' dalam rumah yang sama bersama suami, Noor Hafizul Azreq Mansor, 38, dan tiga anak mereka.

 Maziah hanya mampu terlantar dan suaminya, pekerja kilang pula terpaksa cuti tanpa gaji untuk menjaganya bersama anak-anak mereka.


Keadaan rumah juga sudah uzur ditambah bumbung yang sudah berlubang serta lantai lantai rosak.

VIC adalah kelab sukarelawan yang pertama mengunjungi dan penyelamami kesusahan keluarga berkenaan. Menyusul untuk menghulurkan bantuan ialah pasaraya Econsave Pasir Puteh yang sentiasa prihatin membantu golongan asnaf dan mereka yang ditimpa kesusahan.

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU