LORI BATU TERBALIK - PEMANDU CEDERA


MALANG Tak berbau! Musim hujan, jalan licin kemalangan dan padah sentiasa mengundang tanpa diduga. 

Di tapak Kuari dekat Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan semalam sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun terbalik bersama muatan batu sehingga memerlukan bantuan anggota #Bomba dan penyelamat. 

Menurut polis, lelaki terbabit terperangkap dalam lorinya kerana tersepit selepas terjatuh ke bawah dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.40 pagi. 


Operasi menyelamat diketuai PPgB Azhar Elmi Mustofar bersama 10 anggota Bomba dan #Penyelamat Pasir Puteh berjaya mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk rawatan lanjut. 

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.49 pagi dan menamatkan operasi pada pukul 1.24 petang. 


Pemandu lori berkenaan yang beralamat di Jalan Bukit Marak-Binjai, Kota Bharu mengalami patah tulang bahu kiri. 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, ketika kejadian mangsa sedang membawa keluar batu kuari.

“Lori yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik. Perkhidmatan bomba berjaya menyelamatkan yang dalam keadaan tersepit dan cedera, "katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam satu kejadian lain di #SungaiGolok  pula pihak bomba menerima maklumat kejadian kehilangan seorang remaja selepas terjun ke sungai berkenaan. 

Maklumat awal, pihak bomba menerima panggilan saksi menyatakan seorang remaja lelaki berumur dalam lingkungan 18 tahun telah terjun ke Sungai Golok dan hilang.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di sekitar sungai yang berhadapan dengan SMK Rantau Panjang. - @amboroyak



Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU