Maut selepas tertimbus dalam perigi

SEORANG lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika menggali perigi di Kampung Bukit Peraksi, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi (30 Okt)



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.46 pagi  dan bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota.

Menurutnya, mangsa terbabit dikenali sebagai Terrance Dunstan Anak Peter, 36,  berasal dari Kampung Skibang, Bau, Sarawak telah dikeluarkan orang awam sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku untuk rawatan lanjut.

"Ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan sekerjanya sedang melakukan kerja menggali perigi untuk mendapatkan sumber air bagi kegunaan penghuni rumah yang baru dibina di kampung berkenaan.

"Bagaimanapun, ketika menurunkan bingkai simen (kerek) perigi pertama sedalam tiga meter, tanah dari tebing  tiba-tiba runtuh dan menimpa mangsa yang berada di dalam lubang tersebut," katanya.



Azhar berkata, tanah di kawasan tapak projek jenis berpasir mungkin menjadi faktor berlakunya runtuhan tebing.

Menurutnya, mangsa  mengalami kecederaan parah  disahkan mati di Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh.

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU