Lapan sekeluarga tinggal dalam rumah hampir roboh
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan kata-kata yang seragam dibenak anggota Volenteer I Care, warga kerja Econsave dan Kelab Insaniah Ketereh ketika menziarahi rumah Pak Karim di Kampung Padang Kerasak, Jalan Kolam Ikan, Bachok, Kelantan.
jalan kolam ikan Bachok
Lapan sekeluarga terpaksa tinggal di sebuah rumah yang menunggu waktu untuk rebah ke bumi. Apapun, rumah yang daif itu adalah 'Baiti Jannati' bagi mereka
"Menyelami keadaan mereka Volunteer i Care, Insaniah Ketereh dan Econsave Pasir Puteh bertandang ke penginapan mereka untuk melihat dengan lebih dekat kekangan kemiskinan yang menghimpit kehidupan mereka,"kata pengerusi Volenteer I care, Muhammad Afiq Aiman Shukri.
Pak Karim, 42, selaku ketua keluarga hanya bekerja Kampung manakala isterinya tidak bekerja kecuali menguruskan enam anak mereka.
Paling tua berusia18 tahun manakala yang bongsu berumur dua tahun dan tiga daripadanya masih dibangu persekolahan.
Pak Karim berkata, "kami Reda dengan keadaan kami sekarang yang hanya mampu berteduh, walau terpaksa sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan rumah sekarang yang bila-bila masa mingkin roboh. Kami doakan takdir buruk tidak akan berlaku."
"Yang pernah kami terima ialah bantuan baju sekolah dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sahaja. Pernah kami 'ikat perut' ketika terputus bekalan makanan.
Buat masa sekarang keperluan yang segera mereka perlukan adalah bantuan rumah untuk keselesaan dan keselamatan keluarga mereka sendiri.
"Kami mohon sangat bantuan dari pihak yang berwajib untuk mempermudahkan urusan seharian dan meringankan bebanan hidup.
Turut menziarahi, Pengurus cawangan Econsave Pasir Puteh, Madam Toh Sharin.
Link:
https://youtu.be/qY7nqLFffVQ
Link:
https://youtu.be/qY7nqLFffVQ
Mereka yang ingin sama menyalurkan bantuan boleh menghubungi urusetia Volunteer I Care di talian +60199344077
#VolunteerICare
#InsaniahKetereh
#EconSave
#ForHumanity
#BeStrong
@amboroyak.blogspot.com
Comments
Post a Comment