Maritim Malaysia selamatkan bayi sukar bernafas


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia setahun empat bulan yang mengalami jangkitan pada paru-paru dari Pulau Perhentian ke Pangkalan Udara Gong Kedak sebelum dihantar ke Hospital Besut, Terengganu pada pukul 4.10 pagi tadi.

Helikopter jenis Agusta Westland AW139 itu membawa adik Nur Amani Aafeeya bersama keluarganya serta pembantu pegawai perubatan Klinik Kesihatan Pulau Perhentian, Hasrull Yadidi Ab Hamid.



Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya  menerima panggilan dari Klinik Kesihatan Pulau Perhentian pada pukul 10.30 malam berkaitan keperluan bantuan untuk bayi terbabit yang  sukar bernafas.


Berikutan itu, pesawat diterbangkan daripada Stesen Udara Maritim Subang dan tiba di Pulau Perhentian pada pukul 2.50 pagi bagi membolehkan bayi mendapatkan rawatan segera di hospital.


”AW139 mempunyai saiz yang lebih besar daripada AS365 N3 Dauphin. Oleh itu pesawat mengalami sedikit kesukaran untuk melakukan pendaratan di Pulau Perhentian kerana tapak pendaratan yang lazimnya digunakan dikelilingi oleh pokok tidak diselenggara menjadikan laluan pendaratan semakin sempit. 


Muhammad berkata, pendaratan perlu dilakukan segera memandangkan keadaan adik Nur Amani yang sukar  bernafas dan berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil.

" Pesawat terpaksa mengubah tempat pendaratan ke lokasi lapang lain walaupun lokasi tersebut juga agak berisiko,” katanya.


Menurutnya, pesawat berlepas dari Pulau Perhentian pada pukul 3.57 pagi dan mendarat di Pangkalan Udara Gong Kedak pada jam 4.10 pagi sebelum ambulans membawa bayi itu ke hospital yang diiringi  pegawai dan anggota Maritim Negeri Kelantan.

 Kepakaran juruterbang dan pembantu juruterbang mengendalikan pesawat telah berjaya menerbangkan bayi tersebut dan tiba di Pangkalan Udara Gong Kedak dengan selamat. 

”Penerbangan ihsan ini membuktikan Maritim Malaysia di bawah pimpinan Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil Mat Som sangat tegas dalam bidang penguatkuasaan tetapi pada masa yang sama sangat prihatin terhadap kebajikan awam.


“Bantuan penerbangan ini bergantung kepada keadaan aset Maritim Malaysia dan keutamaan diberikan kepada bidang penguatkuasaan dan carilamat tetapi kita tetap akan berusaha sedaya upaya untuk membantu dalam situasi sebegini,” tambahnya lagi.


Pesawat Agusta Westland AW139 Maritim Malaysia diterbangkan oleh  juruterbang Leftenan Komander Maritim Shamsul Ehsan Alwi dan pembantu juruterbang, Leftenan Madya Maritim Khairul Anwar  Farizul.

Gambar-gambar berkaitan... 






Gambar ihsan Maritim Malaysia 



Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU