JOM TO SCHOOL BSN


BANK Simpanan Nasional (BSN) kembali meneruskan inisiatif membantu murid-murid kurang berkemampuan membuat
persiapan menjelang tahun baharu persekolahan menerusi Program ‘Jom To School’ BSN (JTS BSN) bagi tahun ke-2.

 Dilaksanakan bermula 10 November 2019 di Johor, program JTS BSN juga turut dijalankan di seluruh negara secara bergilir-gilir dan akan berakhir pada 22 November 2019 ini. 

Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat, BSN, Arida Ariffin berkata, JTS BSN sebelum ini telah berlangsung di Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kuala Lumpur serta Perak dan diteruskan pula pada hari ini di Kelantan. 


Menurutnya, program yang sama pada akan turut dilangsungkan pada 19 November  di Kedah/Perlis dan Pahang; 20 November 2019 di Terengganu; 21 November 2019 di Selangor, Sabah dan Sarawak sebelum berakhir pada 22 November 2019 di Melaka.

"Seramai 2,000 orang murid tahun 2 hingga 5 akan menerima barangan 
kelengkapan persekolahan iaitu satu (1) set pakaian sekolah, stokin dan kasut 
sekolah.


"Selain daripada itu, pihak BSN juga turut mendepositkan RM50 ke akaun  murid yang menerima sumbangan bantuan persekolahan ini," katanya ketiks ditemui pada penyampaian bantuan kepada murid miskian bagi daerah Pasir Puteh, Bachok dan Machang di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. 

 Pada tahun lepas, Arida berkata, pihaknya berkesempatan membantu seramai 80 orang murid sahaja di Kelantan dan pada tahun ini ditingkatkan jumlahnya kepada 250 orang agar lebih ramai murid yang kurang berkemampuan dapat memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan dengan lebih selesa.

" Kami sedia maklum bahawa persiapan persekolahan ini menjadi kekangan terhadap sesetengah keluarga terutamanya yang kurang berkemampuan. Atas dasar itulah, BSN dengan kerjasama  pihak PPD dan sekolah menganjurkan program 
tanggungjawab sosial korporat melalui ‘Jom To School’ BSN ini.”

“Selain itu, penganjuran program ini juga adalah sebagai tanda penghargaan kepada sekolah-sekolah dan guru-guru yang setia menyokong kempen dan aktiviti promosi yang pihak BSN laksanakan selama ini. Jika tiada sokongan daripada sekolah-sekolah dan guru-guru, mana mungkin kempen dan aktiviti yang dijalankan 
oleh BSN akan dapat dicapai,” katanya. 

Arida telah menyerahkan barangan kelengkapan persekolahan kepada 250 orang murid sekolah dari beberapa daerah di Negeri ini dans ekolah-sekolah yang terlibat ialah sekolah rendah di Pasir Puteh,  Bachok,  Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, 
Pasir Mas dan Jeli.

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU