Posts

Showing posts from December, 2019

MAKAM BAQI' MADINAH

Image
BAQI ' adalah tanah perkuburan penduduk Madinah sejak zaman Nabi SAW yang masih berfungsi sehingga hari ini. Lokasinya terletak berhampiran dengan masjid Nabawi di mana pengurusan masjid berkenaan memberi peluang kepada pengunjung untuk menziarahinya. https://youtu.be/k0nloagCwFk Rasulullah SAW biasa menziarahi Perkuburan Baqi' al-Ghardaq dan memohon ampun untuk para penghuninya. Dari Aisyah Radhiyallahu anha, dia berkata: "Rasulullah SAW pada setiap malam gilirannya (Aisyah), keluar pada akhir malam menuju Baqi' dan mengucapkan: " Keselamatan bagi kalian, tempat orang-orang mukmin, akan datang kepada kalian apa yang telah dijanjikan kelak, dan dengan kehendak Allah kami akan mengikuti kalian. Ya Allah, ampunilah penghuni kubur Baqi' al-Gharqad." Dari Aisyah juga, dalam hadis yang panjang bahawa Jibril datang dan berkata, Sesungguhnya Tuhanmu memerintahkanmu untuk memdatangi al-Baqi', lalu engkau meminta keampunan untuk merek

MAKANAN PERCUMA ASNAF SEKITAR MASJID HARAM, MEKAH, ARAB SAUDI

Image
Rezeki Melimpah ruah Di Kota Mekah. Jiwa terdidik dengan kebajikan. Yang berada membantu yang kesusahan. Amalan memberi makan kepada pengunjung terutama yang tidak berkemampuan menjadi rutin harian di sekitar dataran Masjidil Haram. Malah , di dalam masjid pun amalan menjamu minuman, roti dan kurma dihidangkan kepada jemaah oleh golongan yang kaya. Alhamdulillah... satu gambaran yang membuktikan betapa rezeki sentiasa dikongsikan. Amalan ini bukan hanya dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan tetapi sentiasa berpanjangan pada hari-hari biasa terutama antara waktu Magrib dan Isyak. Inilah nikmat Islam dalam konteks persaudaraan dan ukhwah. Terdapat kedai-kedai makanan termasuk kedai makanan segera yang menerima tempahan pihak tertentu untuk menjamu golongan asnaf mengalas perut setiap kali selepas solat waktu. Pun begitu , ada juga fakir yang meminta-minta Riyal dari pengunjung termasuk remaja Arab dan

KISAH TUKANG SAPU DI KOTA MEKAH

Image
Jam 9.25 malam waktu Arab Saudi, saya bertenggek di beberapa dataran  Mekah. Panoramanya masih meriah dengan pelbagai ragam manusia dari seluruh pelusuk dunia. Ketemu seorang tukang sapu dari Filipina yang pernah sembilan tahun bekerja di Malaysia. Di tanah haram ini dia bekerja sebagai tukang sapu yang memastikan beberapa kawasan di jabal Omar sentiasa bersih. Mengutip bekas makanan dan minuman yang ditinggalkan termasuk putung rokok yang dibuang di tepi bangunan sebagai tugasan bagi mendapatkan rezeki yang halal. Pekerja Muslim ini walaupun bekerja sebagai tukang sapu, dia sebenarnya seorang insan yang berhati mulia mengutip ganjaran pahala dengan membantu jemaah yang tersesat untuk kembali ke hotel masing-masing. Tanpa mengharapkan ganjaran upah dan sedekah dia sentiasa ringan tulang membantu menghubungi pengurusan hotel untuk menjemput jemaah yang gagal pulang ke penginapan masing-masing. " Bantu kerana Allah SWT, ikhlas

RARE CHILE - Capsicum chinense

Image
Capsicum chinense      A rare peach colored variant of the popular Aji Charapita Pepper.     A bushy and will be growing to 4 feet, heavily fruiting variety.       The Aji Charapita originally was known as a wild growing pepper from Peru.        Not much is known about the peach variant, but the small fruits are just as scorching. @toreksulong.blogspot.com 

Banjir- Ops Dadah diteruskan

Image
BANJIR bukan penghalang kepada anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pasir Puteh, Kelantan, dalam meningkatkan Penguatkuasaan dan pencegahan dadah.  Ops Port Sharp yang dijalankan pada 30 November lalu di sekitar Limbongan dan Selising bermula jam 9 pagi hingga lima petang berjaya menahan sembilan penagih dadah selepas 11 orang dijalankan pemeriksaan air kencing.  Operasi yang dijalankan dalam musim banjir itu diketuai Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain bersama tujuh anggota membuktikan komitmen tinggi dalam membanteras kes penagihan dadah.  "Seramai 11 orang yang sempat disaring air kencing mendapati sembilan daripada mereka positif dadah. Ini termasuk seorang perempuan.  " Lapan orang positif Methamphetamine dan seorang lagi positif Opiate, "kata Azlina.  Tindakan kepada tahanan positif dadah, ujarnya enam orang menerima arahan tahanan reman di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 selama t

PENINGKATAN MENDADAK - 3,218 mangsa banjir di PPS

Image
BACHOK dan Pasir Puteh sudah menghadapi musibah banjir menyumbang peningkatan jumlah mangsa banjir  di Kelantan sehingga jam 6 petang kepada 3,218 orang. Mereka adalah daripada 945 keluarga yang telah didaftarkan sebagai mangsa banjir yang ditempatkan di 43 PPS seluruh Kelantan. Di Bachok PPS SMK Pak Badol melibatkan 10 keluarga dengan jumlah 35 orang mangsa selamat dipindahkan. Di PPS SMK Jelawat, 29 keluarga dengan jumlah 139 mangsa banjir dari Taman Harmoni Seneng juga selamat dipindahkan. Di Pasir Puteh, kerja-kerja menyelamat di kawasan Kampung Gong Cokah turut diselamatkan. sekitar PPS di Bachok - Kredit Bomba Penyelamat Bachok. ---—--------------—-—---------------------------- Tugasan Menyelamat mangsa banjir Kampung Gong Cokoh . Kredit Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh.  #Doakan moga Allah redakan hujan dan selamatkan kita semua. Aamiin  @toreksulong.blogspot