PENINGKATAN MENDADAK - 3,218 mangsa banjir di PPS
BACHOK dan Pasir Puteh sudah menghadapi musibah banjir menyumbang peningkatan jumlah mangsa banjir di Kelantan sehingga jam 6 petang kepada 3,218 orang.
Mereka adalah daripada 945 keluarga yang telah didaftarkan sebagai mangsa banjir yang ditempatkan di 43 PPS seluruh Kelantan.
Di Bachok PPS SMK Pak Badol melibatkan 10 keluarga dengan jumlah 35 orang mangsa selamat dipindahkan.
Di PPS SMK Jelawat, 29 keluarga dengan jumlah 139 mangsa banjir dari Taman Harmoni Seneng juga selamat dipindahkan.
Di Pasir Puteh, kerja-kerja menyelamat di kawasan Kampung Gong Cokah turut diselamatkan.
#Doakan moga Allah redakan hujan dan selamatkan kita semua. Aamiin
@toreksulong.blogspot.com
Comments
Post a Comment