MAKAM BAQI' MADINAH



BAQI' adalah tanah perkuburan penduduk Madinah sejak zaman Nabi SAW yang masih berfungsi sehingga hari ini.

Lokasinya terletak berhampiran dengan masjid Nabawi di mana pengurusan masjid berkenaan memberi peluang kepada pengunjung untuk menziarahinya.

https://youtu.be/k0nloagCwFk

Rasulullah SAW biasa menziarahi Perkuburan Baqi' al-Ghardaq dan memohon ampun untuk para penghuninya.



Dari Aisyah Radhiyallahu anha, dia berkata:

"Rasulullah SAW pada setiap malam gilirannya (Aisyah), keluar pada akhir malam menuju Baqi' dan mengucapkan:

" Keselamatan bagi kalian, tempat orang-orang mukmin, akan datang kepada kalian apa yang telah dijanjikan kelak, dan dengan kehendak Allah kami akan mengikuti kalian. Ya Allah, ampunilah penghuni kubur Baqi' al-Gharqad."

Dari Aisyah juga, dalam hadis yang panjang bahawa Jibril datang dan berkata, Sesungguhnya Tuhanmu memerintahkanmu untuk memdatangi al-Baqi', lalu engkau meminta keampunan untuk mereka.

Sesungguhnya, ziarah kubur akan mengingatkan kita tentang kematian dan pasrah bahwa janji Allah adalah BENAR.


Sumber:
 Kindom Of Saudi Arabia

Prof Dr. Sulaiman Salimillah ar-Rahiliy



Comments

Popular posts from this blog

MANGSA KEBAKARAN PUSAT TAHFIZ KG REPEK TERIMA SUMBANGAN

Dua Pesakit Terima Bantuan Pelayaran Ihsan Maritim Malaysia Kelantan

MAKANAN PERCUMA ASNAF SEKITAR MASJID HARAM, MEKAH, ARAB SAUDI