Banjir- Ops Dadah diteruskan


BANJIR bukan penghalang kepada anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pasir Puteh, Kelantan, dalam meningkatkan Penguatkuasaan dan pencegahan dadah. 

Ops Port Sharp yang dijalankan pada 30 November lalu di sekitar Limbongan dan Selising bermula jam 9 pagi hingga lima petang berjaya menahan sembilan penagih dadah selepas 11 orang dijalankan pemeriksaan air kencing. 

Operasi yang dijalankan dalam musim banjir itu diketuai Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain bersama tujuh anggota membuktikan komitmen tinggi dalam membanteras kes penagihan dadah. 

"Seramai 11 orang yang sempat disaring air kencing mendapati sembilan daripada mereka positif dadah. Ini termasuk seorang perempuan. 

" Lapan orang positif Methamphetamine dan seorang lagi positif Opiate, "kata Azlina. 

Tindakan kepada tahanan positif dadah, ujarnya enam orang menerima arahan tahanan reman di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 selama tempoh 14 hari

Dua orang lagi yang ditangkap adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) AADK Daerah Pasir Puteh & AADK Daerah Machang. 

Seorang perempuan diberi jamin pegawai di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 atas sebab masalah mental. 

@toreksulong.blogspot.com 

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU