14 MANGSA BANJIR KG PISANG BERPINDAH

BANJIR mula melanda negeri Kelantan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan14 orang mangsa daripada 4 keluarga adalah mangsa banjir pertama yang dipindahkan ke kawasan yang selamat. 

Mereka terdiri daripada lima  perempuan dewasa, seorang lelaki warga emas dan lapan kanak-kanak telah berpindah sendiri ke pusat pemindahan sementara di SK RTC Cenulang.

Mereka adalah penduduk Kampung Pisang, Chenulang, Kuala Krai,Kelantan. 

JBPM daerah berkenaan meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir. 

Penduduk di kawasan rendah yang mudah digenangi air perlu akur terhadap arahan pasukan keselematan bagi mempastikan mereka berada dalam keadaan selamat. 

Pastikan segala dokumen penting disimpan di tempat yang selamat dan berpindah SEGERA sekiranya arahan diberikan oleh pasukan keselamatan. 



*LAPORAN MENYELAMAT MANGSA BANJIR

Lokasi : RTP Cenulang.kg kebun pisang kg pasir jering

Masa keluar : 1010
Masa sampai : 1035
Masa persediaan bertindak: 1036 membuat perbincangan dgn en jusoh ketua kampung cenulang utk ambil tindakan.
1050 : menurunkan bot penyelamat untuk menyelamatkan mangsa.
1135: 4 keluarga pertama di keluarkan

Perihal kejadian :

PBK I Jafar Jafari bin Mustafa menerima panggilan daripada en Jusoh b Mat Nor ketua kampung rtp cenulang.mengatakan air telah naik secara mendadak dan terdapat beberapa keluarga di kg tersebut telah ditenggalami air.
Pasukan bomba dan penyelamat terdiri dari 4 anggota dari bbp sg durian, 5 angota dari bbp kuala krai keluar ke tempat kejadian utk menyelamatkan mangsa.

Pihak bomba bersama 4 anggota bertindak utk mengeluarkan mangsa.

Butiran mangsa yg telah diselamatkan.

Terdiri dari :04 keluarga yg terlibat iaitu:
14 orang yang terlibat kpd pecahan 06 dewasa ( 01 lelaki 05 prrempuan) 08 kanak2 ( 02 lelaki 06 perempuan) tiada oku yg terlibat

Sehingga jam 1400 pihak bomba masih lagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan.

1405 :pasukan bomba berjaya menyelamatkan 02 orang mangsa dewasa (01 lekaki 01 perempuan) dan terus hantar ke pusat pemindahan


#utamakan keselamatan nyawa anda


Panorama banjir sekitar Kampung Pisang, Kuala Krai, Kelantan - ihsan JBPM KELANTAN 

@toreksulong.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU