BOMBA KELANTAN SELAMATKAN SEEKOR LEMBU
TUGASAN anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat tidak hanya melibat kes kebakaran, kemalangan dan menyelamat nyawa manusia tetapi mencakupi pelbagai keperluan.
Hari ini usaha menyelamatkan seekor lembu jatuh ke dalam longkang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar di Kuala Krai berjaya dilaksanakan.
Panggilan kecemasan yang diterima pada pukul 8:06 pagi dapat dibereskan dan berjaya mengeluarkan lembu yang tidak berupaya naik sendiri selepas terjatuh ke dalam longkang.
Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Razani Mamat yang mengetuai operasi bersama 9 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membuktikan kesiapsiagaan pasukan bomba melaksanakan tanggungjawab pantas tanpa mengira siapa yang menjadi mangsa yang benar-benar memerlukan bantuan.
Anggota bomba yang terlibat terlebih dahulu membuat size-up di lokasi terbabit dan mereka bertindak menggunakan Tali dan hose untuk mengangkat lembu ke atas padang di tempat yang selamat.
Sekalung tahniah!
Comments
Post a Comment