198 MANGSA BANJIR DI LAPAN PUSAT PEMINDAHAN - UPDATE


SEHINGGA jam 3 petang, info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan seramai 198 mangsa banjir ditempatkan di lapan  Pusat Pemindahan Banjir.

Sebanyak 57 keluarga terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah di tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang dipindahkan sejak semalam.

Antara pusat pemindahan banjir yang beroperasi setakat ini ialah Masjid Mukim Kuak Kepok, Tanah Merah dengan bilangan 47 mangsa banjir dari 11 keluarga.

Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang kini menampung seramai 33 mangsa banjir dari sembilan keluarga.

Sekolah Kebangsaan (sk) Bukit Panau - dua mangsa dari satu keluarga; SK Kelewek - sembilan kekuarga bersama 39 mangsa banjir.

SK Pak Roman seramai 37 mangsa banjir daripada 15 keluarga dan Pejabat Veterinar Kuala Krai seramai enam mangsa daripada dua keluarga.

Sementara itu, di Pasir Puteh - Pihak Berkuasa Tempatan - Majlis Daerah Pasir Puteh mengambil tindakan menutup pusat peranginan Air Terjun Jeram Pasu buat sementara bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.


Jurucakap MDPP ketika dihubungi memberitahu jalan masuk ke lokasi itu telah diregang dengan tali amaran dan meminta orang ramai mematuhi arahan itu.

"Ia adalah langkah keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini terutama fenomena 'kepala air'," katanya.

Sebelum ini, pihak bomba telah melaksanakan pemantauan termasuk menasihatkan orang ramai mengambil tindakan berwaspada dengan fenomena cuaca dan banjir.

"UTAMAKAN KESELAMATAN NYAWA" 

@toreksulong.blogspot.com 

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU