ELAK BERKELAH DI JERAM PASU


ORANG ramai khususnya pengunjung pusat peranginan di Pasir Puteh, Kelantan, dinasihatkan lebih berwaspada dengan tidak memilih lokasi air terjun sebagai tempat berkelah  sepanjang musim banjir ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya telah menjalankan pemantauan dan memberi nasihat kepada pengunjung di kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Menurutnya, fenomena kawasan air terjun yang licin dan 'kepala air' dalam momentum yang laju boleh membahayakan pengunjung.



"Adalah lebih selamat kawasan air terjun atau sekitar kawasan bukit  tidak dikunjungi dalam keadaan cuaca sekarang.

" Kita gagal menduga tragedi yang mungkin berlaku. Begitu juga sebarang aktiviti pesisir pantai juga perlu dielakkan. Fenomena angin kencang dan ombak besar gagal kita duga akibatnya,"katanya.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang rendah, Azhar menasihatkan agar lebih berwaspada dan sentiasa mendengar arahan pasukan keselamatan sekiranya diarah berpindah.

Mengenai perkembangan banjir, katanya, keadaan masih selamat dan pihak bomba sentiasa pemantau perkembangan terbaharu untuk tindakan lanjut

Info banjir Kuala Krai



@toreksulong.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN