Posts

Showing posts from October, 2019

Khatam al-Quran program rutin SK Cherang Ruku

Image
MAJLIS Khatam al-Quran menjadi satu program dan amalan rutin warga Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, setiap tahun. Guru Besar sekolah itu, Faxrurazi Nasir berkata, program anjuran Panitia Pendidikan Islam melibatkan murid Tahun Enam sebelum meninggalkan alam sekolah rendah hujung tahun ini. Menurutnya, sepanjang setahun ini murid Tahun Enam dilatih dan dididik membaca dan menghafaz surah Yassin. "Pelbagai program pembangunan sahsiah telah berjaya dilaksanakan khususnya membentuk peribadi mulia," katanya pada Majlis Khatam al-Quran di Surau al-Aziz sekolah berkenaan hari ini. Menurutnya, hasil membaca surah Yassin setiap hari Khamis setiap minggu menyerlahkan kejayaan di mana murid mampu menghafaz surah berkenan. Faxrurazi berkata, Program Pasca UPSR banyak memberi kemahiran kendiri murid selain berjaya melatih diri sebagai insan yang bertakwa.

Maut selepas tertimbus dalam perigi

Image
SEORANG lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika menggali perigi di Kampung Bukit Peraksi, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, pagi tadi (30 Okt) Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.46 pagi  dan bergegas ke tempat kejadian bersama tujuh anggota. Menurutnya, mangsa terbabit dikenali sebagai Terrance Dunstan Anak Peter, 36,  berasal dari Kampung Skibang, Bau, Sarawak telah dikeluarkan orang awam sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku untuk rawatan lanjut. "Ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan sekerjanya sedang melakukan kerja menggali perigi untuk mendapatkan sumber air bagi kegunaan penghuni rumah yang baru dibina di kampung berkenaan. "Bagaimanapun, ketika menurunkan bingkai simen (kerek) perigi pertama sedalam tiga meter, tanah dari tebing  tiba-tiba runtuh dan menimpa mangsa yang berada di dalam lubang tersebut,&qu

Ziarah Cakna Kasih Puspanita

Image
PROGRAM Ziarah Cakna Kasih Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Sri Pasir Puteh dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pasir Puteh, Kelantan berjaya menyelami rintihan asnaf. Pengerusi Puspanita Sri Pasir Puteh, Rohana Omar berkata, sebanyak lapan keluarga yang kurang berkemampuan disantuni dengan penyampaian bantuan yang diperlukan. "Kita menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian bagi meringankan bebanan mereka. Paling tidak terserlah keceriaan dan kegembiraan. "Kita akan terus melipat gandakan program turun padang sebegini dalam usaha membela kebajikan dan mendekatkan golongan kurang berkemampuan di daerah ini," katanya. Sekitar rakaman gambar ziarah cakna di Sekitar Pasir Puteh, Kelantan.

IAM dan Etiqa bantu asnaf Tumpat

Image
PRIHATIN dengan nasib golongan miskin, Etiqa Takaful dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) tampil sebagai rakan kemanusiaan menjejaki golongan daif, di Jeti Nelayan Pantai Sri Tujoh Tumpat, Kelantan, baru-baru ini.  Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata, sebanyak 30 set pukat bersama tong ikan telah diagihkan kepada 30  nelayan miskin yang terpilih.  Program anjuran bersama ini turut disertai oleh kakitangan Etiqa dan juga sukarelawan IAM  wilayah Pantai Timur.   Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kesusahan yang dihadapi oleh penduduk kampung khususnya komuniti nelayan tempatan dan golongan yang kurang berkemampuan.  Menurutnya, kunjungan pihak Etiqa dan IAM ke negeri ini  turut memberi manfaat kepada komuniti setempat, di mana sebanyak 20 unit Outdoor Master Filter telah diagihkan kepada pusat-pusat tahfiz, masjid dan rumah kebajikan yang terpilih.  "Inisiatif ini dijalankan untuk memberi manfaat kepada penduduk setempat agar mereka

BAHAYA LONGKANG ROSAK

Image
LONGKANG yang rosak penutupnya di sekitar belakang Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan) Kelantan, seharusnya mendapat perhatian pihak yang berkaitan untuk membaikinya. Lubang yang luas pastinya mengundang padah kepada pengguna jalan raya dan ianya tidak seharusnya dibiarkan dalam tempoh yang lama untuk membaiki atau mengantikan penutup yang baharu. Gunalah penutup simen yang lebih berkualiti, tidak mudah pecah dan retak. Penunggang motosikal yang terbabas terutama pada musim hujan akan mengalami kecederaan yang serius sekiranya tergelincir di jalan yang licin. Beberapa insiden yang tidak terduga telah berlaku. Cuma tidak berakhir dengan kemalangan maut. Jangan hanya tumpukan kepada pembangunan bandar baru di Pasir Puteh Sentral sehinggakan keperluan di bandar lama mungkin terlepas pandang. Gambar di atas menunjukkan sebuah kereta yang terbabas masuk ke longkang apabila pemandunya tidak mengetahui saiz struktur longkang yang rosak. 😂😂😂Ambo royak jah.

Lembu Makan Plastik

Image
TERNAK lembu cara baru. Tidak perlu guna kandang dan tidak perlu tambat. Lebih santai tidak perlu cari rumput untuk diberi makan. Cukup umur harga sekor lembu meningkat. Lagi melambung tinggi bila menjelangnya Adiladha untuk dikorbankan. Paling maksima RM600 untuk satu bahagian. Cuba darab tujuh bahagian. Sekor lembu dapat laba RM4, 200. Alhamdulillah. Syukur kerana itu rezeki. Malanglah si penternak yang optunis. Bela secara lepas. Bukan sedakar melepaskan tinja di merata tempat dan segenap jalan raya tapi melahap tanaman orang lain. Pastinya pemilik lembu yang kena sumpah seranah. Paling azab, lembu yang tidak berakal dapat penyakit dipukul atau ditetak bila menceroboh pagar orang. Lembu zaman moden yang kerap terserempak dengan saya tidak gemar rumput. Haiwan yang dipelihara secara lepas ini makan sisa makan yang dibuang. Malah, ada yang gemar makan kertas dan plastik pembungkus makanan. Tong sampah dan tempat pembuangan sampah sering dikerumuni lembu. P

Nanas Tok Mat Kampung Chengal

Image
BERMULA dengan hobi menanam nanas dalam polibag di halaman rumah akhirnya mendorong seorang petani di Kampung Chengal, Kota Bharu, Kelantan berjaya mengusahakan kebun secara komersil. Muhamad Abdullah, 60, yang masih gagah kudratnya mula mengusahakan tanaman nanas di kawasan tanah terbiar seluas 0.7 hektar dengan  25,500 pokok nanas sebagai peringkat permulaan dan percubaan pada tahun 2018. Tanah terbiar di Kampung Talang, Kadok, kira-kira 10 kilometer dari rumahnya itu disewa dan ditebus guna dengan tanaman nanas variti MD2, kini memberi hasil yang lumayan. Kejayaan itu membakar semangatnya untuk membesarkan lagi kawasan penanaman dengan menyewa tanah terbiar di kawasan yang berhampiran. "Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) membantu membekalkan benih nanas, selain khidmat kepakaran dalam mengurus kebun. Malah, saya dipanggil mengikuti kursus yang berkaitan. "Nanas MD2 merupakan satu varieti nanas yang semakin popular ditanam untuk pasaran domestik. Perminta