Khatam al-Quran program rutin SK Cherang Ruku



MAJLIS Khatam al-Quran menjadi satu program dan amalan rutin warga Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, setiap tahun.

Guru Besar sekolah itu, Faxrurazi Nasir berkata, program anjuran Panitia Pendidikan Islam melibatkan murid Tahun Enam sebelum meninggalkan alam sekolah rendah hujung tahun ini.

Menurutnya, sepanjang setahun ini murid Tahun Enam dilatih dan dididik membaca dan menghafaz surah Yassin.

"Pelbagai program pembangunan sahsiah telah berjaya dilaksanakan khususnya membentuk peribadi mulia," katanya pada Majlis Khatam al-Quran di Surau al-Aziz sekolah berkenaan hari ini.




Menurutnya, hasil membaca surah Yassin setiap hari Khamis setiap minggu menyerlahkan kejayaan di mana murid mampu menghafaz surah berkenan.

Faxrurazi berkata, Program Pasca UPSR banyak memberi kemahiran kendiri murid selain berjaya melatih diri sebagai insan yang bertakwa.





Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU