BAHAYA LONGKANG ROSAK
LONGKANG yang rosak penutupnya di sekitar belakang Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (Perempuan) Kelantan, seharusnya mendapat perhatian pihak yang berkaitan untuk membaikinya.
Lubang yang luas pastinya mengundang padah kepada pengguna jalan raya dan ianya tidak seharusnya dibiarkan dalam tempoh yang lama untuk membaiki atau mengantikan penutup yang baharu.
Gunalah penutup simen yang lebih berkualiti, tidak mudah pecah dan retak.
Penunggang motosikal yang terbabas terutama pada musim hujan akan mengalami kecederaan yang serius sekiranya tergelincir di jalan yang licin.
Beberapa insiden yang tidak terduga telah berlaku. Cuma tidak berakhir dengan kemalangan maut.
Jangan hanya tumpukan kepada pembangunan bandar baru di Pasir Puteh Sentral sehinggakan keperluan di bandar lama mungkin terlepas pandang.
Gambar di atas menunjukkan sebuah kereta yang terbabas masuk ke longkang apabila pemandunya tidak mengetahui saiz struktur longkang yang rosak. 😂😂😂Ambo royak jah.
Comments
Post a Comment