Lembu Makan Plastik


TERNAK lembu cara baru. Tidak perlu guna kandang dan tidak perlu tambat. Lebih santai tidak perlu cari rumput untuk diberi makan.

Cukup umur harga sekor lembu meningkat. Lagi melambung tinggi bila menjelangnya Adiladha untuk dikorbankan. Paling maksima RM600 untuk satu bahagian. Cuba darab tujuh bahagian. Sekor lembu dapat laba RM4, 200.

Alhamdulillah. Syukur kerana itu rezeki. Malanglah si penternak yang optunis. Bela secara lepas. Bukan sedakar melepaskan tinja di merata tempat dan segenap jalan raya tapi melahap tanaman orang lain.

Pastinya pemilik lembu yang kena sumpah seranah. Paling azab, lembu yang tidak berakal dapat penyakit dipukul atau ditetak bila menceroboh pagar orang.

Lembu zaman moden yang kerap terserempak dengan saya tidak gemar rumput. Haiwan yang dipelihara secara lepas ini makan sisa makan yang dibuang. Malah, ada yang gemar makan kertas dan plastik pembungkus makanan.

Tong sampah dan tempat pembuangan sampah sering dikerumuni lembu.

Pemilik/penternak lembu macam ni kita tidak hormat. Berkatnya kurang. Penting diri sendiri. Kalau lembu dilanggar kenderaan ketika di jalan raya tak ada lagi yang hendak mengaku itu 'lembu aku'. Takut kena ganti kerosakan kenderaan.

Pihak berkuasa tempatan perlu pergiatkan semula operasi tangkap haiwan ternakan yang sengaja dilepaskan mengikut Peraturan Kecil PBT. Kenakan kompaun yang maksima sebagai pengajaran.

Disebabkan banyak lembu diternak secara lepas maka lahirlah kaki sumpit. Pencari rezeki malam. Sebuah Proton Wira mampu angkut tiga hingga empat ekor lembu khayal.

Sama-sama kita fikirkan masalah dan penyakit masyarakat. Pencuri lembu dan penternak lembu mindanya sama. Tak takut dosa. 😂😂😂Ambo royak jh





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU