PERINGATAN BANJIR DAN ANGIN KENCANG
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihatkan semua komuniti maritim seperti golongan nelayan, masyarakat pesisir pantai, komuniti perkapalan, industri cari gali minyak mahupun penggemar aktiviti rekreasi laut atau mana-mana individu atau kumpulan yang ingin melakukan sebarang aktiviti di pesisir pantai atau laut agar meningkatkan tahap waspada terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut.
Komuniti maritim adalah diingatkan supaya sentiasa:
MENGAMBIL berat terhadap ramalan kaji cuaca dengan mudah melalui aplikasi ”MCG Info” yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia atau ”myCuaca” yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Elakkan melakukan aktiviti laut sekiranya cuaca buruk, laut bergelora dan angin kencang.
MEMBAWA dan memakai jaket keselamatan yang sesuai.
MEMBAWA Personal Locator Beacon (PLB) untuk memudahkan dan mempercepatkan SAR sekiranya berlaku kecemasan.
MEMASTIKAN alat komunikasi seperti telefon bimbit dan radio sentiasa dibawa dan berfungsi untuk memudahkan perhubungan.
MEMAKLUMKAN kepada orang terdekat atau Maritim Malaysia berkenaan pelayaran atau ingin turun ke laut.
MEMERIKSA dan pastikan pengangkutan laut yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.
🙏TIDAK melakukan aktiviti di pantai sekiranya bendera Merah dinaikkan.
SEGERA berpindah sekiranya angin kencang dan ombak mengancam keselamatan penduduk pesisir pantai atau diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
SIMPAN nombor telefon Maritim Malaysia (Pusat Operasi Maritim Kelantan – 09 778 0070 atau MERS – 999) di telefon bimbit anda.
PERINGATANPeringatan ini juga dikeluarkan berikutan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama yang dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia yang menjangkakan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter. Amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi kawasan perairan Kelantan.
Sebagai tambahan, kawasan carilamat (SAR) bagi Maritim Malaysia adalah seluas 380,329 kilometer persegi bagi perairan Semenanjung Malaysia dan 514,437 kilometer persegi bagi perairan Sabah dan Sarawak. Kawasan SAR bagi Maritim Negeri Kelantan pula adalah seluas 27,637 kilometer persegi dengan panjang pesisir pantai 78 kilometer.
@toreksulong.blogspot.com
Comments
Post a Comment