Maritim Malaysia bersama komuniti nelayan



PROGRAM Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan bersama penduduk di sekitar pulau pesisir Sungai Kelantan, merapatkan ukhuwah masyarakat dengan anggota agensi berkenaan.

Bersama rakan-rakan media, rombongan berkenaan berkumpul di  Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan pada pukul 11.30 pagi, sebelum menaiki bot ke lokasi berkenaan.

Anggota Maritim Malaysia yang diketuai Pengarahnya, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob menunaikan solat  Jumaat bersama penduduk kampung.

"Majlis sambutan Maulidur Rasul disambut bersama yang sekaligus menjadi medan ramah mesra bersama penduduk kampung.

 “Bukan sahaja bantuan  disampaikan kepada  penduduk kampung sebagai persiapan banjir malah bantuan jaket keselematan sekurang-kurangnya satu kepada keluarga terlibat turut disempurnakan.

"Satu jaket keselamatan untuk satu keluarga amat penting kerana pengangkutan utama mereka untuk ke tanah besar adalah bot”, katanya.

Gambar sekitar program komuniti Maritim Malaysia Kelantan.






Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU