Posts

SIPUT GONDANG MUSUH PESAWAH

Image
SIPUT GONDANG dan tikus adalah musuh utama pesawah di daerah Pasir Puteh dan Bachok di Kelantan.  Projek Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak (IADA) sentiasa berusaha memusnahkan siput gondang emas dan tikus secara berterusan bagi menyelamatkan 5,086 hektar tanaman padi yang diusahakan petani.  Pengarah IADA, Nik Hamadi Nik Abdullah berkata,  ancaman dua haiwan perosak itu diberi perhatian utama kerana ia boleh menyebabkan 1,845 pesawah akan kehilangan 70 koperatus hasil tuaian.  Menurutnya, siput gondang gemar makan pokok padi yang berusia kira-kira 35 hari.  "Tanaman padi yang masih lembut itu dimakan oleh siput dan ketika hampir mengeluarkan buah padi pula diancam oleh kawanan tikus," katanya kepada selepas program gerak gempur siput gondang emas di Bendang Gong Chenggal Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.  Program mengutip siput gondang disertai lebih 100 petani di kawasan yang terlibat.  Menurut...

BOMBA KELANTAN SELAMATKAN SEEKOR LEMBU

Image
TUGASAN anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat tidak hanya melibat kes kebakaran, kemalangan dan menyelamat nyawa manusia tetapi mencakupi pelbagai keperluan.  Hari ini usaha menyelamatkan seekor lembu jatuh ke dalam longkang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar di Kuala Krai berjaya dilaksanakan.  Panggilan kecemasan yang diterima pada pukul 8:06 pagi dapat dibereskan dan berjaya mengeluarkan lembu yang tidak berupaya naik sendiri selepas terjatuh ke dalam longkang. Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Razani  Mamat yang mengetuai operasi bersama 9 anggota Balai Bomba dan  Penyelamat Kuala Krai membuktikan kesiapsiagaan pasukan bomba melaksanakan tanggungjawab pantas tanpa mengira siapa yang menjadi mangsa yang benar-benar memerlukan bantuan.  Anggota bomba yang terlibat terlebih dahulu membuat size-up di lokasi terbabit dan mereka bertindak menggunakan Tali dan hose untuk mengangkat lembu ke atas padang d...

JOM TO SCHOOL BSN

Image
BANK Simpanan Nasional (BSN) kembali meneruskan inisiatif membantu murid-murid kurang berkemampuan membuat persiapan menjelang tahun baharu persekolahan menerusi Program ‘Jom To School’ BSN (JTS BSN) bagi tahun ke-2.  Dilaksanakan bermula 10 November 2019 di Johor, program JTS BSN juga turut dijalankan di seluruh negara secara bergilir-gilir dan akan berakhir pada 22 November 2019 ini.  Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat, BSN, Arida Ariffin berkata, JTS BSN sebelum ini telah berlangsung di Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang Kuala Lumpur serta Perak dan diteruskan pula pada hari ini di Kelantan.  Menurutnya, program yang sama pada akan turut dilangsungkan pada 19 November  di Kedah/Perlis dan Pahang; 20 November 2019 di Terengganu; 21 November 2019 di Selangor, Sabah dan Sarawak sebelum berakhir pada 22 November 2019 di Melaka. "Seramai 2,000 orang murid tahun 2 hingga 5 akan menerima barangan  ...

TIGA BOT DAN 45 NELAYAN ASING DITAHAN

Image
AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menerusi Op Naga Barat dan Op Damai berjaya menahan tiga bot nelayan asing di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia pada 13 dan 14 November lepas. Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asnawie Yaacob berkata, Kapal Maritim (KM) Jujur yang diketuai Pemangku Pegawai Memerintah Leftenan Maritim Mohd. Rahim Razali berjaya menahan bot pertama dan kedua pada pukul 4.34 petang dan 11.22 malam. Manakala bot ketiga berjaya ditahan pada pukul 12.28 tengah malam hari berikutnya. Menurutnya, bot pertama ditahan di lokasi 265 kilometer, bot kedua di lokasi 269 kilometer dan bot ketiga di lokasi 261 dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. "Pemeriksaan mendapati bot pertama yang ditahan itu mempunyai 14 orang awak-awak termasuk tekong berumur di antara 16 hingga48 tahun. " Bot kedua bersama 16 awak-awak termasuk tekong berusia di antara 15 hingga 53 tahun. Manakala bot ketiga bersam...

Maritim Malaysia bersama komuniti nelayan

Image
PROGRAM Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan bersama penduduk di sekitar pulau pesisir Sungai Kelantan, merapatkan ukhuwah masyarakat dengan anggota agensi berkenaan. Bersama rakan-rakan media, rombongan berkenaan berkumpul di  Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan pada pukul 11.30 pagi, sebelum menaiki bot ke lokasi berkenaan. Anggota Maritim Malaysia yang diketuai Pengarahnya, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob menunaikan solat  Jumaat bersama penduduk kampung. "Majlis sambutan Maulidur Rasul disambut bersama yang sekaligus menjadi medan ramah mesra bersama penduduk kampung.  “Bukan sahaja bantuan  disampaikan kepada  penduduk kampung sebagai persiapan banjir malah bantuan jaket keselematan sekurang-kurangnya satu kepada keluarga terlibat turut disempurnakan. "Satu jaket keselamatan untuk satu keluarga amat penting kerana pengangkutan utama mereka untuk ke tanah bes...

Nanas dekorasi laman rumah

Image
DEKORASI laman rumah dapat diselenggarakan dengan mudah tanpa pengurusan yang rapi sekiranya nanas menjadi pilihan sebagai bahan hiasan taman. Bukan sukar untuk menanamnya, cuma anda yang tidak mencuba untuk memanfaatkan tumbuhan tropikal yang lasak dengan cuaca panas.  Ananas comosus yang tampil dengan pelbagai variety bukan sahaja cantik dipandang mata kerana keunikan susunan daun serta kehijauan malah dalam tempoh tertentu anda akan mendapat hasilnya. Jangan fikir kekangan ruang yang sempit untuk menanam nanas. Ia sekadar bahan hiasan dan bukannya kita nekad untuk mengusahakan kebun. Jangan pilih nanas yang memiliki daun yang berduri kerana mungkin berbahaya kepada warga isi rumah. Pilihlah dari jenis yang tidak berduri, tekstur susunan daun yang indah dan menghasilkan buah yang tinggi brik kemanisannya. Saya cadangkan variety Milie Dilard 2 (MD2) atau nanas madu Cristal dan bagi yang berminat untuk daun yang berwarna nanas Josapine boleh dijadikan pilihan....

Tiga beradik yatim piatu dikekang kemiskinan

Image
TERSENTUH... Menyaksikan paparan video Abe Din yang menziahari anak yatim piatu di Gua Musang, Kelantan.  Anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa dan tidak ada tempat untuk bergantung ini tinggal di sebuah rumah yang didirikan di tanah rizab yang tidak mempunyai bekalan eletrik dan air.  Mandi dan membasuh pakaian bagaikan kehidupan primitif. Semuanya dilakukan di sungai berdekatan.  Abang sulungnya yang berusia 19 tahun, kini menggalas tanggungjawab ssebagai ibu dan ayah menjaga dua lagi adik-adik.  Makan minum harian hanya sekadar.  Apa yang perlu ialah tindakan drastik Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyelurusi kehidupan mereka dan membantu meringankan bebanan.  Peranan pemimpin setempat sebagaimana yang dilakukan Abe Din adalah satu keperluan dan wajar diberi pujian.  Masjid yang berdekatan yang mempunyai dana yang banyak juga perlu peka membantu dan membela anak yatim ini sebagaimana tuntutan agama. ...