SIPUT GONDANG MUSUH PESAWAH


SIPUT GONDANG dan tikus adalah musuh utama pesawah di daerah Pasir Puteh dan Bachok di Kelantan. 

Projek Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Kemasin Semerak (IADA) sentiasa berusaha memusnahkan siput gondang emas dan tikus secara berterusan bagi menyelamatkan 5,086 hektar tanaman padi yang diusahakan petani. 


Pengarah IADA, Nik Hamadi Nik Abdullah berkata,  ancaman dua haiwan perosak itu diberi perhatian utama kerana ia boleh menyebabkan 1,845 pesawah akan kehilangan 70 koperatus hasil tuaian. 

Menurutnya, siput gondang gemar makan pokok padi yang berusia kira-kira 35 hari. 


"Tanaman padi yang masih lembut itu dimakan oleh siput dan ketika hampir mengeluarkan buah padi pula diancam oleh kawanan tikus," katanya kepada selepas program gerak gempur siput gondang emas di Bendang Gong Chenggal Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. 

Program mengutip siput gondang disertai lebih 100 petani di kawasan yang terlibat. 

Menurut Nik Hamadi, siput gondang pantas membiak dengan setiap ekor boleh bertelur sehingga ratusan anak baharu dalam tempoh dua tiga kali setahun.

Beliau berkata, IADA akan menggunakan sebahagian daripada RM500,000 yang diperuntukkan di bawah projek pengembangan untuk menyediakan bantuan input seperti bekalan racun dan program memusnahkan kedua-dua haiwan perosak itu.


Sekitar program mengutip siput gondang di Pasir Puteh, Kelantan. 

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU