Posts

Calon Pengganti Dr Maszlee mesti dari Bersatu?

Image
KOTA BHARU 5  Jan - Pakatan Harapan (PH) Kelantan yakin Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memilih tokoh dari Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Menteri Pendidikan berikutan perletakan jawatan oleh Dr. Maszlee Malek.  Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, pucuk pimpinan (Dr. Mahathir) mempunyai kebijaksanaan tersendiri untuk memilih calon baru sebagai peneraju kepimpinan di Kementerian Pendidikan.  " Usah terpengaruh dan mempercayai berita tidak sahih yang tular di media sosial. Kita tunggu keputusan rasmi Perdana Menteri," katanya ketika berucap di Majlis Untaian Kasih Majlis Penolong Kanan Pasir Puteh, di Hotel Perdana, semalam.    Kamarudin berkata, Bersatu Kelantan turut mengemukakan cadangan agar beberapa jawatan penting di Kementerian Pendidikan ditambah.  " Kementerian yang besar ini memerlukan tenaga sumber yang ramai bagi memantapkan pengurusan yang melibatkan skop yang l...

VIC bersama rakan strategik bantu warga emas

Image
  PROGRAM gotong-royong membersihkan rumah seorang warga emas berusia 63 tahun yang tinggal berseorangan di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan, selesai dilaksanakan kelmarin dengan semangat sukarelawan dalam meringankan bebanan pihak yang memerlukan bantuan.  Sekitar dalam rumah dan persekitaran rumah lelaki tua yang turut menghidapi masalah kesihatan itu, kini kemas hasil pemuafakatan beberapa pihak menjalankan aktiviti amal yang diterajui Kelab Volenteer I Care (VIC).  Warga emas bersama barangan makan yang disumbangkan oleh Econsave Pasir Puteh, Kelantan  Antara yang tampil bergabung tenaga membersih lantai rumah, mengemas dan membasuh pinggan mangkuk di ruang dapur rumah itu ialah anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Bomba Sukarela Pasir Puteh, Econsave Pasir Puteh dan Prolife Medic Ambulance Kota Bharu.   " Program yang melibatkan 30 orang berjaya mencuci segenap ruang yang ada bagi memberi keselesaan teruta...

MAKAM BAQI' MADINAH

Image
BAQI ' adalah tanah perkuburan penduduk Madinah sejak zaman Nabi SAW yang masih berfungsi sehingga hari ini. Lokasinya terletak berhampiran dengan masjid Nabawi di mana pengurusan masjid berkenaan memberi peluang kepada pengunjung untuk menziarahinya. https://youtu.be/k0nloagCwFk Rasulullah SAW biasa menziarahi Perkuburan Baqi' al-Ghardaq dan memohon ampun untuk para penghuninya. Dari Aisyah Radhiyallahu anha, dia berkata: "Rasulullah SAW pada setiap malam gilirannya (Aisyah), keluar pada akhir malam menuju Baqi' dan mengucapkan: " Keselamatan bagi kalian, tempat orang-orang mukmin, akan datang kepada kalian apa yang telah dijanjikan kelak, dan dengan kehendak Allah kami akan mengikuti kalian. Ya Allah, ampunilah penghuni kubur Baqi' al-Gharqad." Dari Aisyah juga, dalam hadis yang panjang bahawa Jibril datang dan berkata, Sesungguhnya Tuhanmu memerintahkanmu untuk memdatangi al-Baqi', lalu engkau meminta keampunan untuk merek...

MAKANAN PERCUMA ASNAF SEKITAR MASJID HARAM, MEKAH, ARAB SAUDI

Image
Rezeki Melimpah ruah Di Kota Mekah. Jiwa terdidik dengan kebajikan. Yang berada membantu yang kesusahan. Amalan memberi makan kepada pengunjung terutama yang tidak berkemampuan menjadi rutin harian di sekitar dataran Masjidil Haram. Malah , di dalam masjid pun amalan menjamu minuman, roti dan kurma dihidangkan kepada jemaah oleh golongan yang kaya. Alhamdulillah... satu gambaran yang membuktikan betapa rezeki sentiasa dikongsikan. Amalan ini bukan hanya dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan tetapi sentiasa berpanjangan pada hari-hari biasa terutama antara waktu Magrib dan Isyak. Inilah nikmat Islam dalam konteks persaudaraan dan ukhwah. Terdapat kedai-kedai makanan termasuk kedai makanan segera yang menerima tempahan pihak tertentu untuk menjamu golongan asnaf mengalas perut setiap kali selepas solat waktu. Pun begitu , ada juga fakir yang meminta-minta Riyal dari pengunjung termasuk remaja Arab dan...

KISAH TUKANG SAPU DI KOTA MEKAH

Image
Jam 9.25 malam waktu Arab Saudi, saya bertenggek di beberapa dataran  Mekah. Panoramanya masih meriah dengan pelbagai ragam manusia dari seluruh pelusuk dunia. Ketemu seorang tukang sapu dari Filipina yang pernah sembilan tahun bekerja di Malaysia. Di tanah haram ini dia bekerja sebagai tukang sapu yang memastikan beberapa kawasan di jabal Omar sentiasa bersih. Mengutip bekas makanan dan minuman yang ditinggalkan termasuk putung rokok yang dibuang di tepi bangunan sebagai tugasan bagi mendapatkan rezeki yang halal. Pekerja Muslim ini walaupun bekerja sebagai tukang sapu, dia sebenarnya seorang insan yang berhati mulia mengutip ganjaran pahala dengan membantu jemaah yang tersesat untuk kembali ke hotel masing-masing. Tanpa mengharapkan ganjaran upah dan sedekah dia sentiasa ringan tulang membantu menghubungi pengurusan hotel untuk menjemput jemaah yang gagal pulang ke penginapan masing-masing. " Bantu kerana Allah SWT, ikhlas ...

RARE CHILE - Capsicum chinense

Image
Capsicum chinense      A rare peach colored variant of the popular Aji Charapita Pepper.     A bushy and will be growing to 4 feet, heavily fruiting variety.       The Aji Charapita originally was known as a wild growing pepper from Peru.        Not much is known about the peach variant, but the small fruits are just as scorching. @toreksulong.blogspot.com 

Banjir- Ops Dadah diteruskan

Image
BANJIR bukan penghalang kepada anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pasir Puteh, Kelantan, dalam meningkatkan Penguatkuasaan dan pencegahan dadah.  Ops Port Sharp yang dijalankan pada 30 November lalu di sekitar Limbongan dan Selising bermula jam 9 pagi hingga lima petang berjaya menahan sembilan penagih dadah selepas 11 orang dijalankan pemeriksaan air kencing.  Operasi yang dijalankan dalam musim banjir itu diketuai Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain bersama tujuh anggota membuktikan komitmen tinggi dalam membanteras kes penagihan dadah.  "Seramai 11 orang yang sempat disaring air kencing mendapati sembilan daripada mereka positif dadah. Ini termasuk seorang perempuan.  " Lapan orang positif Methamphetamine dan seorang lagi positif Opiate, "kata Azlina.  Tindakan kepada tahanan positif dadah, ujarnya enam orang menerima arahan tahanan reman di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983...