TERKINI... 648 mangsa banjir dipindahkan

(update) 
PADA jam 11 pagi ini, paparan info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan berlakunya pertambahan mangsa banjir dari tiga Jajahan di Kelantan. 

Seramai  648 mangsa banjir telah dipindahkan ke 13 pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak semalam. (Semalam - 198 mangsa banjir ditempatkan di lapan  Pusat Pemindahan Banjir). 

Sebanyak 187 keluarga dari empat daerah terlibat.
Hujan dari kawasan hulu masih dalam skala yang lebat tanpa henti.

Info terkini:


Terbaharu, penduduk di Kampung Darang Buaya dan Kampung Batu Hitam bersiapsiaga menerima arahan berpindah berikutan keadaan air dikatakan semakin naik. 


Begitu juga keadaan semasa yang berlaku di sekitar Kampung Tok Sudin dan Kampung Baru yang terletak di pinggir sungai Semerak. 

Anggota pasukan penyelamat sentiasa membuat pemantauan berterusan di kawasan yang berisiko untuk tindakan lanjut bagi menjamin keselamatan penduduk. 
Panorama di hadapan JPN Tunjung


@toreksulong.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU