ELAK AKTIVITI AIR DI MUSIM BANJIR
NILAI keselamatan diri dan hargai nyawa sendiri perlu diberi keutamaan di sepanjang musim banjir.
Musim Monson Timur Laut sudah bermula. Keadaan laut mula bergelora dengan taburan hujan yang mula menunjukkan banjir akan tiba.
Sehubungan itu, anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh mula menjejaki lokasi tertentu sebagai langkah awal menghadapi kehadiran banjir sebagaimana tahun - tahun sebelumnya.
Ini termasuk kawasan peranginan Jeram Pasu yang masih menjadi kunjungan ramai walaupun pada musim hujan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar turun padang bersama anggotanya untuk menyampaikan nasihat kepada pengunjung pusat peranginan tentang bahaya aktiviti air di sepanjang musim banjir.
Menurutnya, bahaya banjir tidak hanya melibatkan persekitaran kawasan rendah yang mudah digenangi air tetapi turut melibatkan ombak besar di kawasan laut dan juga kepala air di kawasan bukit dan air terjun.
@toreksulong.blogspot.com
Comments
Post a Comment