Posts

Showing posts from November, 2019

TERKINI... 648 mangsa banjir dipindahkan

Image
(update)  PADA jam 11 pagi ini, paparan info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan berlakunya pertambahan mangsa banjir dari tiga Jajahan di Kelantan.  Seramai  648 mangsa banjir telah dipindahkan ke 13 pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak semalam. (Semalam - 198 mangsa banjir ditempatkan di lapan  Pusat Pemindahan Banjir).  Sebanyak 187 keluarga dari empat daerah terlibat. Hujan dari kawasan hulu masih dalam skala yang lebat tanpa henti. Info terkini: Terbaharu, penduduk di Kampung Darang Buaya dan Kampung Batu Hitam bersiapsiaga menerima arahan berpindah berikutan keadaan air dikatakan semakin naik.  Begitu juga keadaan semasa yang berlaku di sekitar Kampung Tok Sudin dan Kampung Baru yang terletak di pinggir sungai Semerak.  Anggota pasukan penyelamat sentiasa membuat pemantauan berterusan di kawasan yang berisiko untuk tindakan lanjut bagi menjamin keselamatan penduduk.  Panorama di hadap

198 MANGSA BANJIR DI LAPAN PUSAT PEMINDAHAN - UPDATE

Image
SEHINGGA jam 3 petang, info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan seramai 198 mangsa banjir ditempatkan di lapan  Pusat Pemindahan Banjir. Sebanyak 57 keluarga terutama penduduk yang tinggal di kawasan rendah di tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang dipindahkan sejak semalam. Antara pusat pemindahan banjir yang beroperasi setakat ini ialah Masjid Mukim Kuak Kepok, Tanah Merah dengan bilangan 47 mangsa banjir dari 11 keluarga. Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang kini menampung seramai 33 mangsa banjir dari sembilan keluarga. Sekolah Kebangsaan (sk) Bukit Panau - dua mangsa dari satu keluarga; SK Kelewek - sembilan kekuarga bersama 39 mangsa banjir. SK Pak Roman seramai 37 mangsa banjir daripada 15 keluarga dan Pejabat Veterinar Kuala Krai seramai enam mangsa daripada dua keluarga. Sementara itu , di Pasir Puteh - Pihak Berkuasa Tempatan - Majlis Daerah Pasir Puteh mengambil tindakan menutup pusat peranginan Air Terjun Jeram Pasu buat sementara ba

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU

Image
ORANG ramai khususnya pengunjung pusat peranginan di Pasir Puteh, Kelantan, dinasihatkan lebih berwaspada dengan tidak memilih lokasi air terjun sebagai tempat berkelah  sepanjang musim banjir ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya telah menjalankan pemantauan dan memberi nasihat kepada pengunjung di kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Menurutnya, fenomena kawasan air terjun yang licin dan 'kepala air' dalam momentum yang laju boleh membahayakan pengunjung. "Adalah lebih selamat kawasan air terjun atau sekitar kawasan bukit  tidak dikunjungi dalam keadaan cuaca sekarang. " Kita gagal menduga tragedi yang mungkin berlaku. Begitu juga sebarang aktiviti pesisir pantai juga perlu dielakkan. Fenomena angin kencang dan ombak besar gagal kita duga akibatnya,"katanya. Bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang ren

14 MANGSA BANJIR KG PISANG BERPINDAH

Image
BANJIR mula melanda negeri Kelantan berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan14 orang mangsa daripada 4 keluarga adalah mangsa banjir pertama yang dipindahkan ke kawasan yang selamat.  Mereka terdiri daripada lima  perempuan dewasa, seorang lelaki warga emas dan lapan kanak-kanak telah berpindah sendiri ke pusat pemindahan sementara di SK RTC Cenulang. Mereka adalah penduduk Kampung Pisang, Chenulang, Kuala Krai,Kelantan.  JBPM daerah berkenaan meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.  Penduduk di kawasan rendah yang mudah digenangi air perlu akur terhadap arahan pasukan keselematan bagi mempastikan mereka berada dalam keadaan selamat.  Pastikan segala dokumen penting disimpan di tempat yang selamat dan berpindah SEGERA sekiranya arahan diberikan oleh pasukan keselamatan.  * LAPORAN MENYELAMAT MANGSA BANJIR Lokasi : RTP Cenulang.k

PERINGATAN BANJIR DAN ANGIN KENCANG

Image
AGENSI  Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihatkan semua komuniti maritim seperti golongan nelayan, masyarakat pesisir pantai, komuniti perkapalan, industri cari gali minyak mahupun penggemar aktiviti rekreasi laut atau mana-mana individu atau kumpulan yang ingin melakukan sebarang aktiviti di pesisir pantai atau laut agar meningkatkan tahap waspada terutamanya ketika musim Monsun Timur Laut. Komuniti maritim adalah diingatkan supaya sentiasa: MENGAMBIL berat terhadap ramalan kaji cuaca dengan mudah melalui aplikasi ”MCG Info” yang dikeluarkan oleh Maritim Malaysia atau  ”myCuaca” yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Elakkan melakukan aktiviti laut sekiranya cuaca buruk, laut bergelora dan angin kencang. MEMBAWA dan memakai jaket keselamatan yang sesuai. MEMBAWA Personal Locator Beacon (PLB) untuk memudahkan dan mempercepatkan SAR sekiranya berlaku kecemasan. MEMASTIKAN alat komunikasi seperti telefon bimbit dan radio sentiasa dibawa

MAMPUKAH ETAK SALAI TEMBUSI PASARAN DUNIA?

Image
MAMPUKAH etak salai Kelantan dipatenkan. Mampukah juga keunikan makanan tradisional ini menembusi pasaran antarabangsa. Atau sekadar laris dijual di pinggiran jalan?  UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) suatu ketika dahulu pernah berusaha mendaftar etak salai sebagai makanan warisan Kelantan yang bakal membantu meningkatkan produktiviti komersial makanan tradisional di negeri ini.  Naib Canselor UMK, Prof. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat yang melibatkan usahawan, peniaga, pembekal dan pencari etak bersama agensi kerajaan dalam pertemuan khas sempena karnival etak salai yang diadakan di UMK.  Menurutnya, hasil penyelidikan Transdisiplinary Research Grant Skim (TGRS) yang melibatkan sepasukan penyelidik UMK yakin proses mempamerkan etak salai akan memberi impak keuntungan kepada generasi pengusaha makanan warisan itu dalam merentasi kemajuan zaman. "Ia akan membantu meningkatkan produktiviti etak, memelihara

ELAK AKTIVITI AIR DI MUSIM BANJIR

Image
NILAI keselamatan diri dan hargai nyawa sendiri perlu diberi keutamaan di sepanjang musim banjir.  Musim Monson Timur Laut sudah bermula. Keadaan laut mula bergelora dengan taburan hujan yang mula menunjukkan banjir akan tiba.  Sehubungan itu, anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh mula menjejaki lokasi tertentu sebagai langkah awal menghadapi kehadiran banjir sebagaimana tahun - tahun sebelumnya.  Ini termasuk kawasan peranginan Jeram Pasu yang masih menjadi kunjungan ramai walaupun pada musim hujan.  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar turun padang bersama anggotanya untuk menyampaikan nasihat kepada pengunjung pusat peranginan tentang bahaya aktiviti air di sepanjang musim banjir.  Menurutnya, bahaya banjir tidak hanya melibatkan persekitaran kawasan rendah yang mudah digenangi air tetapi turut melibatkan ombak besar di kawasan laut dan juga kepala air di kawasan bukit dan air terjun.  @toreksulong.blogspot

Program Komuniti McDonald’s santuni rakyat Kelantan

Image
BERMATLAMATKAN impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya,  McDonald’s Malaysia hari ini mengumumkan sumbangan sebanyak RM545,000 di bawah Program Komuniti McDonald’s bagi  Peringkat Negeri Kelantan.  Pelbagai inisiatif diperkenalkan di bawah program ini bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.  Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan ini diadakan di restoran terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Pasir Pekan.  Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kelantan termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, perlantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada murid-murid sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah. “Kami komited membantu golongan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara memandangkan ia merupakan nil

Lapan sekeluarga tinggal dalam rumah hampir roboh

Image
BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan kata-kata yang seragam dibenak anggota Volenteer I Care, warga kerja Econsave dan Kelab Insaniah Ketereh ketika menziarahi rumah Pak Karim di Kampung Padang Kerasak, Jalan Kolam Ikan, Bachok, Kelantan.  jalan kolam ikan Bachok  Lapan sekeluarga terpaksa tinggal di sebuah rumah yang menunggu waktu untuk rebah ke bumi. Apapun, rumah yang daif itu adalah 'Baiti Jannati' bagi mereka "Menyelami keadaan mereka Volunteer i Care, Insaniah Ketereh dan Econsave Pasir Puteh bertandang ke penginapan mereka untuk melihat dengan lebih dekat kekangan kemiskinan yang menghimpit kehidupan mereka,"kata pengerusi Volenteer I care, Muhammad Afiq Aiman Shukri. Pak Karim, 42, selaku ketua keluarga hanya bekerja Kampung manakala isterinya tidak bekerja kecuali  menguruskan enam anak mereka.  Paling tua berusia18 tahun manakala yang bongsu berumur dua tahun 

Mangsa Lemas Sungai Golok ditemukan

Image
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa lemas di Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan dihentikan apabila remaja yang dikatakan hilang selepas terjun di sungai berkenaan ditemukan.  Mangsa Ahmad Nazri  Abd Aziz, 22, tahun  berjaya ditemui Pasukan PPDA  #JBPM Kelantan pada jam 16:10 p.m hari ini.  Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - amboroyak.blogspot.com

LORI BATU TERBALIK - PEMANDU CEDERA

Image
MALANG Tak berbau! Musim hujan, jalan licin kemalangan dan padah sentiasa mengundang tanpa diduga.  Di tapak Kuari dekat Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan semalam sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun terbalik bersama muatan batu sehingga memerlukan bantuan anggota #Bomba dan penyelamat.  Menurut polis, lelaki terbabit terperangkap dalam lorinya kerana tersepit selepas terjatuh ke bawah dalam kejadian yang berlaku pada pukul 11.40 pagi.  Operasi menyelamat diketuai PPgB Azhar Elmi Mustofar bersama 10 anggota Bomba dan #Penyelamat Pasir Puteh berjaya mengeluarkan mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk rawatan lanjut.  Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.49 pagi dan menamatkan operasi pada pukul 1.24 petang.  Pemandu lori berkenaan yang beralamat di Jalan Bukit Marak-Binjai, Kota Bharu mengalami patah tulang bahu kiri.  Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata,

PELAYARAN IHSAN MARITIM MALAYSIA

Image
SEORANG   warga emas dan seorang bayi telah diberi bantuan pelayaran ihsan Maritim Malaysia Negeri Kelantan bagi mendapatkan rawatan segera  di Klinik Kesihatan Besut, Terengganu, semalam. Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Klinik Kesihatan Besut pada pukul 3.30 petang semalam yang meminta bantuan memindahkan kedua pesakit tersebut.   Che Omar  Che Mat, 70 tahun, mengalami kesukaran untuk bernafas disebabkan penyakit asma dan memerlukan bantuan alat pernafasan oksigen. Manakala Nor Ayra Aidelia  Mohd Khairul Azwan yang berumur setahun lima bulan mengalami demam panas.  Menurutnya, pihak Klinik Kesihatan Pulau Perhentian berjaya menstabilkan kedua pesakit namun perlu dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan lanjut segera. ”Memandangkan pesakit perlu menerima rawatan segera dan teksi air agak sukar untuk beroperasi kerana keadaan laut yang bergelora pad