Baju bundle ganti beg plastik



'T-BAG' singkatan bagi t-shirt dan beg plastik adalah produk kreatif dari empat orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil yang melihat isu beg plastik sebagai satu masalah alam sekitar di Pasir Puteh, Kelantan, yang perlu ditangani bersama.


 Produk kitar semula yang menjadikan pakaian terpakai kepada beg serbaguna ini telah terpilih antara 12 buah sekolah di seluruh negara ke peringkat seterusnya.


 Pasukan yang dibimbing oleh Guru Penasihat, En. Mohamad Shahrilniza telah membawa projek ini ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Toyota Eco Youth 2019 yang akan dilangsungkan pada 13-14 November di Hotel Concorde Kuala Lumpur nanti.

Empat pelajar tingkatan empat sekolah itu ialah Muhammad Amjad Ismail(ketua), Muhammad Alif Asyraf Mazlan, Muhammad Hariz Iskandar Mohd Faiz dan Wan Muhammad Amar Wan Hassan.

Kreativiti dan inovasi ini perlu diberi perhatian oleh khalayak pengguna. Sensitiviti guru dan pelajar perlu diberi sokongan padu dalam melestarikan kesejahteraan alam sekitar.



 Bermatlamatkan ingin mengurangkan penggunaan plastik dengan memperkenalkan alternatif baru bagi beg plastik dalam kalangan komuniti Pasir Puteh, projek T-Bag telah diterima baik oleh pihak Econsave Pasir Puteh dalam menjayakan misi mereka.


 Baru-baru ini juga pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil 2 turut bekerjasama dalam menjayakan projek T-Bag dalam kalangan murid bagi memastikan alam sekitar terpelihara dari bahaya penggunaan beg plastik.






Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU