Urin dadah temukan seorang penagih wanita mengandung



OPS CEGAH (OPS LUBUK) yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh, Kelantan semalam berjaya menahan 15 lelaki dan seorang perempuan positif dadah.

Ops Lubuk yang dilaksanakan di Kampung Lubuk Star dengan kekuatan tujuh anggota AADK itu bermula seawal pukul 7 pagi hingga 2 petang.



5⃣📊Umur (positif sahaja)*
• bawah 18 : -
• 19~40 : *08 Orang*
• 41~50 : *05 Orang*
• atas 51 : *03 Orang*

Ketua Pegawai AADK daerah Pasir Puteh, Azlina Mohd. Zain berkata, empat orang didapati positif  Amp/Meth dan 12 orang positif dadah jenis opiat.

Menurutnya, kategori Orang Kena Tahan (OKT) melibatkan 6 orang bagi kes baru, 4 orang kes penagih berulang dan 6 orang bagi kes berulang.


"Tiada sebarang penemuan  dadah dan tiada rampasan dilakukan.

" 10 kes adalah di bawah Seksyen 3(1)APD(R&P)1983 ditahan 24 jam bagi menyelesaikan dokumentasi tangkapan dan pemeriksaan fizikal oleh doktor.



"Dua OKP diambil sampel urin dan dihantar ke Makmal Dadah (Patologi) HRPZ II untuk pengesahan Pegawai Kimia Hayat manakala seorang OKP AADK Daerah Gua Musang diberi intervensi  supaya melapor diri di AADK daerah tersebut sebagaimana dalam perintah mahkamah, "katanya.


Menurutnya, dua kes LMAF 2019 yang sedang menunggu keputusan Patologi satu kes Langgar Syarat di bawah Seksyen 6(3)APD(R&P)1983 diambil rakaman percakapan oleh pegawai AADK.

" OKT perempuan didapati mengandung selepas pemeriksaan doktor di Klinik Kesihatan Pasir Puteh. Akan dapatkan perintah ke atas kes selepas bersalin dan pengesyoran di bawah Sek 6(1)(a)APD(R&P)1983, memandangkan kes berada pada tahap kekerapan penggunaan substans yang kronik (suntikan), "katanya.



Comments

Popular posts from this blog

Lembu Makan Plastik

JOM TO SCHOOL BSN

ELAK BERKELAH DI JERAM PASU